Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Meninggalkan Kita

Assalamualaikum.


Korang jangan salah anggap pulak dengan tittle tu. Tak ade sesiapa pun yang meninggal dunia. Tapi,simbolik dengan Bulan Ramadhan yang nak tiba penghujungnya..hihi.


Okey,sekarang sudah masuk hari yang ke 21 kita berpuasa. Gembira sebab dah nak dekat raya.? Mungkin. Tapi, dalam pada masa yang sama aku sedih. Sedih sebab tahun ni duit raya kurang.? TIDAK! Sedih sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan aku. Kerana Ramadhan ini membawa seribu satu keindahan dan kebahagiaan dalam hidup seorang khalifah seperti aku (kita semua pun khalifah juga.) Banyak kelebihan dalam bulan Ramadhan ni. Mesti laa semua dah tahu kan. Tapi, kadang-kadang,kelebihan itu jarang di manfaat kan, sebaliknya di peruntukkan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.


Sebagai contoh, dah tahu bulan Ramadhan tak elok mengeluarkan kata kata yang kesat, tapi, masih juga segelintir mengeluarkan kata kata tersebut. (Harap semua sedia maklum lah apa contoh kata kata kesat tu ya.) Mungkin ada ramai yang akan kata,


 "Ah kau pun tak sempurna nak cakap orang pulak!"


 Sememangnya aku akui aku juga tak sempurna tapi setidak tidaknya aku berusaha untuk menjadi sempurna. Tak semua sempurna tapi kita boleh mencuba kan.? Belajar untuk menjadi insan yang disenangi oleh orang lain. Kita tak sempurna dan betul pada setiap masa kan.? 


Orait, here we go. Antara kelebihan Bulan Ramadhan :


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud,


"Tiada daripada seorang hamba apabila melihatia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji ALLAH (kerana kedatangan bulan rahmat dan dengan kelebihan dan keistimewaannya) kemudian di baca Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan oleh ALLAH SWT daripada sakit matanya pada bulan ini."


Tiada siapa pun yang tahu kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ini, melainkan jika kita bersungguh sungguh dalam beribadat sehingga mendapat keampunan dan pahala. Walahualam. 


Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud,


" Diberikan kepada umat lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat umat yang dahulu sebelumnya :
     
      1- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi ALLAH SWT.
      2- Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasannya.
      3- Diampunkan dosa dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      4- Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10atau 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang menahan syahwat, makan minumnya kerana Aku.
      5- Dan mereka dikurniakan nikmat keseronokan ketika berbuka dan menemui Tuhan di akhirat nanti. ( Al-hadith)


Sungguh banyak kelebihan yang telah diberikan cuma kita sahaja yang malas untuk mengejarnya. SubhanALLAH. Sesungguhnya masih banyak yang aku lupa ketika menjalani hidup sebagai insan di bumi Tuhan ini. HOLY QURAN. 


Jadi, sebagai peringatan untuk anda dan untuk saya juga. Sama sama kita kejar manfaat dan kelebihan Ramadhan ini. Entah esok lusa kita tak tahu sama ada kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ini. Apa apa pun,sempurna kan dahulu Ramadhan kita untuk tahun ini. 




           SEMOGA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR, insyaALLAH..:))