Monday, September 12, 2011

Peluang Kedua

Assalamualaikum.


Hari ni hari Selasa, pukul 11.10 a.m. Buat apa.? Dalam bilik, sorang sorang, rumate aku ada kelas pagi. Memang laa heaven kalau takde kelas waktu pagi, tapi yang mengerikan ialah kene duduk sorang sorang dalam bilik. Lain laa kalau ada yang nak tolong teman. Siapa nak teman aku berborak.? Memang ngeri kalau tengah duduk sorang tiba tiba ada suara lain yang bercakap dengan kita. Hahaha.


Okey, enuff. besok Rabu and next day is Khamis. Balik Nilai.? Tengah memikirkan nya. Rasa macam nak balik. Malas nak angkut beg dalam KTM selama 1 jam setengah. Beg aku meme 'ringan'. Haha. (padahal laptop ngan Amitoby je pun dalam beg tu.)


**Amitoby kena ikut aku balik, sebab dia kata dia takut tinggal sorang sorang dalam bilik. Hehe


Kadang kadang, aku selalu fikir, cukup ke amalan aku di dunia sekarang ni. Bersedia kan aku untuk menghadap Ilahi satu hari nanti setelah aku dijemput.? Adakah aku akan mati dalam keadaan yang baik/beriman.? Ataupun aku mati dalam keadaan yang sebaliknya.? (anda semua pernah fikir kan.?)


Dulu, aku pernah kena tahan masuk wad selama 3 hari. (kalau tak silap lah) Sebab ada lah hal nya. Aku gagah kan diri pergi ke sekolah masa tu. Dengan harapan nak belaja walaupun sakit. Tiba tiba sampai sekolah semua kata muka aku pucat, dan badan aku panas tahap melampau. Boleh je aku relaks lagi.


Tiba tiba, nak dijadi kan cerita, aku hampir pengsan. Terus kene hantar ke klinik. Sampai kat klinik, darah aku kene ambik. (darah saya dah makin sikit. Haha.) Doctor tu boleh pulak main main nak ambik darah kat dalam otak aku. Pening ke apa doctor tu. Nasib baik aku tengah sakit. Kalau tak, dah lama aku lari sebab doctor tu buat keje gila. (tapi dia comel. Hehe. )


Dapat je result tu, dia suruh aku refer dekat Hospital. So, aku terus kena hantar balik rumah. Sampai saja rumah, Cikgu aku bincang dengan Mak aku. Mak aku terus bawak aku pergi Hospital. Time tu, mak sangat gopoh. Mungkin Mak risau kalau aku sakit teruk. Muka Mak pun macam terkejut. (adeq mintak maaf sebab buat Mak risau. )


Aku ada sorang akak sedara keje dekat Hospital Besar Seremban tu. So, tak laa susah sangat nak settle kan hal aku. Aku kene masuk dekat Wad kecemasan sebab masa tu aku memang dah tak dapat nak jalan sangat. Nak jatuh. Mak pegang je tangan aku. (kasih Mak. )


Doctor kata aku kene appendiks. Erk..?? Dia kata aku kena bedah malam tu jugak. Aku nampak Mak nangis. Kalau aku tak kena bedah, aku mati ke.? ( Mak jangan nangis, adeq tak kan tinggal kan Mak.) Mak terus call abang aku dengan akak aku yang sulung. Mak risau tapi Mak nak sorok dari aku. Mata Mak asyik berair je. Tapi, aku tak mampu nak buat apa apa.


Masuk wad, aku kene naik wheel chair. (rasa macam dah teruk sangat pulak aku sakit. Haha. ) Mak selalu ada masa aku kat Hospital. Darah aku kena ambik lagi. Mak tanya sakit ke. Aku cakap biasa je. Mak aku senyum je. Sebab tu kali pertama aku masuk hospital, kau rasa macam ngeri gile. Kiri kanan orang sakit, menakutkan. Dah laa aku cepat gemuruh. Dengar pesakit jerit jerit segala.


Mak lah yang teman kan aku pergi tandas, suap kan aku makan, jaga aku. Mak memang tabah gila jaga aku. Masa badan aku nak kena masuk air, Mak ada temankan aku. Lepas je doctor dah masuk kan jarum untuk salurkan air dalam badan aku, bermula lah bermacam macam persoalan dalam minda kau. Bila nak kena bedah.? Pengsan tak aku masa bedah nanti.? Rasa sakit tak.? 


Tepat pukul 9, ada sorang nurse datang dia kata :


"Adik tak kena bedah malam ni sebab bilik bedah penuh, nanti doctor akan check adik lagi, kalau teruk, kami akan sediakan bilik bedah."


ALHAMDULILAH!


Dah dekat 2 3 hari doctor check, sakit aku makin kurang. Doctor kata sakit tu tak teruk sangat. Mak rasa happy gila. Aku rasa macam dah mati di hidupkan semula kot. Tapi, doctor tu nasihatkan, makan kena jaga, jangan makan pedas sangat, kalau sakit lagi terus datang Hospital. Boleh balik dah. Haha.


Sejak aku masuk Hospital tu, Mak selalu masak yang kurang pedas je untuk aku.. Erk. Meme tak sesuai dengan aku. Hahah. Tapi, kena jugak makan. Dari situ, aku belajar untuk lebih menghargai hidup dan terutama nya Mak. Aku rasa macam diberi peluang kedua dalam hidup. Kalau aku kena bedah malam tu, ntah aku hidup ntah tidak kan. Terima kasih Mak. :)


ADEQ SAYANG MAK..!!