Sunday, September 11, 2011

Permaisuri Hati

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari Nilai. Cuti yang sekejap ni, aku rasa sangat tak cukup untuk aku luangkan masa dengan family aku, terutama nya EMAK aku laa, Puan Kuntum. (best kan nama mak saya.)

Emm. Bila aku nak balik kampus, mesti ada satu perasaan sedih yang datang. Aku mesti rasa nak nangis bila tgk mak. Aku selalu fikir kan kesihatan mak bila aku tiada. Aku selalu fikir siapa nak tolong mak dekat kebun. Aku selalu fikir siapa nak masak untuk mak kalau dia penat. Aku selalu fikir siapa nak teman mak makan. Aku selalu fikir siapa nak teman mak tengok tb. (setiap masa adik fikir pasal mak.)

Selalu aku ingat, mak memang lain dari yang lain. (mak anda semua pun mesti hebat dekat mata anda kan.) Apa yang buat mak lain dari yang lain..?
                       1- Bila aku nak balik kampus, mak akan hantar dan tunggu kat ktm tu sampai aku naik ktm.
                       2- Mak tahu aku akan muncung dan badmood kalau nak balik kampus.
                       3- Mak mesti suruh aku bungkus macam macam lauk kalau balik kampus.
                       4- Mak mesti masak apa saja lauk yang aku nak.
                       5- Mak mesti kejut kan aku bangun subuh, kalau aku degil, mak rembat aku guna tuala. (ngeri kan.hehe.)
                       6- MAK LAH SEGALA-GALANYA............

Aku mengaku aku anak manja. (semua pun mesti manja dengan mak kan.) Kadang kadang, aku pelik kenapa orang dekat luar sana tu senang senang saja nak letak mak ayah dekat rumah kebajikan. Ada yang lagi 'baik' punya perangai, letak mak ayah dekat tepi jalan. Bukan lah nak menunjuk aku baik sangat, tapi, apa yamg anak itu fikir sampai sanggup bertindak macam tu.? Apa salah mak ayah tu sampai diperlakukan macam tu.?

Okey lah, aku nak bagitahu, senang saja. Tugas anak yang paling mudah ialah MEMBALAS JASA IBU AYAH. Susah sangat ke.? Ingat mak ayah tu nak kikis duit kita ke sampai campak ibu ayah dekat tepi jalan atau di mana mana. Kolot nya fikiran kalau ada yang berfikiran begitu. 

Cuba kenang balik masa kita kecik dulu, semua yang kita nak mesti dapat. Semua ibu ayah tunai kan. Apa lagi yang tak cukup.? Kalau nak dibandingkan pengorbanan ibu ayah dengan kita, sangat jauh macam langit dengan bumi. Tak rasa sayang ke pada ibu ayah.? 


Sebenarnya, aku rasa apa yang aku bagi dekat mak selama ni belum cukup lagi. Aku sendiri pun tak nak buat mak macam tu. Aku nak jaga mak sampai aku dah tiada nanti. Bukan nak belagak, tapi,itu lah yang aku akan buat nanti.

Kalau lah aku dapat tunjuk kan sayang aku pada mak, biar dia tahu betapa aku sayang pada dia. 

"Adik harap satu hari nanti adik dapat balas semua jasa mak, dan adik akan cuba bagi apa saja yang mak ingin kan. Bukan janji palsu, tapi suatu realiti. Mungkin ketika ini adik belum kenal erti penat mak lagi, tapi adik dapat rasa sedikit"

Terima kasih sebab jaga adik dari kecik.
Terima kasih sebab bagi didikan agama pada adik.
Terima kasih sebab jaga adik masa adik masuk hospital dulu.
Terima kasih sebab ajar adik masak.
Terima kasih sebab bagi adik kebahagiaan yang tak terhingga.
Terima kasih sebab jaga makan minum adik dari kecik.
Terima kasih sebab bagi adik duit belanja.
Terima kasih sebab belikan adik apa sahaja yang adik mintak.
Terima kasih sebab masak kan untuk adik.
Terima kasih untuk semua.

**walau adik ada 2 3 emak lain, mak tetap yang pertama dalam hati adik. Adik selalu doa kan mak. Mak jangan risau, mak tak akan menyesal dapat anak-anak macam Akak, Abang, Ima & Adik. InsyaALLAH.
(tulis macam ni pun dah bertakung airmata. Dan kalau lah mak saya dapat baca luahan hati saya ni.)