Tuesday, August 23, 2011

Selamat Tinggal UNISEL..

Assalamualaikum..


OPPPSSS!! Chop!! Bukan selamat tinggal untuk selamanya. Untuk seminggu yang akan datang je pun. Dah nak cuti raya laa.. Diulang sekali lagi,, CUTI RAYA!! Aku cuti seminggu plus kelas yang dibatalkan pada keesokan hari nya,, jadi cuti aku berjumlah 8 hari. (Tambah satu hari je pun nak kecoh kan..haha..) Yang penting, satu hari tu,, macam macam yang aku boleh buat,, termasuk laa kutip duit raya berguni guni. (Nak kutip berguni guni laa konon,, asal mak ajak raya rumah jiran depan,, manjang bagi macam macam alasan.hehe..)


Okey. Raya tahun ni aku dapat rasa agak tak meriah. Antara sebab musabab nya ialah :

                      1- Kak Nor tak raya dekat Nilai. Tahun ni, dia raya dekat kampung Abang Rafi(husband). Aku lupa kampung Abang Rafi dekat mana. Haha. Penang kot..
                      2- Mak aku tak buat kuih raya macam tahun tahun sebelum nya. Sebab tak ada siapa nak tolong mak buat kuih. (Aku jarang balik bulan ni, Kak Ima pulak dah kerja. Jadi, mak aku relaks je untuk tahun ni..)
                      3- Tu je laa sebab musababnya. Nak lebih lebih pulak.

Okey cool. Walaupun sebab musabab yang terpampang di atas ini menyebabkan raya aku kurang meriah, tapi aku tetap akan sambut dalam keadaan yang besederhana sama macam tahun tahun sebelum nya. Nice. Yang penting, ada santapan yang wajib bila tibanya Syawal nanti. Biasa nya mak aku memang dah tahu apa yang anak anak dia nak (You know me well enough. Kan Mak.. Hee~) Antara santapan yang Mak aku akan buat ialah :

                      1- Rendang.
                      2- Kuah lodeh.
                      3- Kuah kacang.
                      4- Nasi impit/himpit. (Aku pun tak tahu nama sebenar benda alah tu apa. Dan kenapa nama dia nasi impit. Kene impit dulu sebelum masak ke..?? Korang tanya laa mak korang sendiri okey. HAHA. )

Tapi, antara juadah yang tertera di atas tu, aku jarang makan rendang, sebab aku tak berapa suka rendang sangatt. Abang aku laa yang suka. Aku lagi suka makan nasi impit/himpit + kuah kacang + kuah lodeh. Okey,, aku dah terliur. Boleh ubah topik sekarang.


And, bila tiba malam raya, aku sangat suka. Sebab tempat aku ade buat bacaan takbir raya dari rumah ke rumah. Cool kan..?? Kampung korang ada..?? Tak ada kan.. Tak apa, nanti datang rumah aku sebelum raya dan rasai laa sendiri pengalaman yang aku dah rasai sejak aku kecil sampai laa aku dah berusia 19 tahun sekarang.


Bila tiba pagi raya, aku laa manusia yang pertama bangun untuk merasa kesayuan pagi raya. Kadang-kadang aku sedih sebab aku selalu teringat kan seseorang. Masa aku sambut raya dengan dia, aku tak perasan langsung tanda tanda dia akan pergi tinggal kan aku. Aku rasa aku akan jumpa dia pada Syawal yang akan datang, tapi semua itu angan angan sahaja. Tahun 2007 tu laa tahun terakhir aku sambut raya dengan dia. Memang dia ada tunjuk kan perangai yang pelik pelik. Tapi, semua tu kitorg perasan lepas dia dah tiada. Semua cucu panggil dia Nenek Bling Bling. Sebab bila raya mesti baju dia lip lap lip lap. Tapi itu semua dulu. (Acik,, adik rindu acik..) Okey,, enough. Airmata aku nak mengalir. 


Bila tibanya pagi raya jugak laa,, aku dah tahu pagi pagi mesti aku dengar dialog macam ni:


"Adik, tolong gosok baju melayu abang.."


Dengan muka lemah tak bermaya ibarat baru lepas berjalan sejauh 2 marhala, aku pun pergi laa masuk bilik dia dan gosok baju dia. Lepas dah gosok aku bagi dekat dia. Tak apa laa.. Lagi pun, kalau aku tak tolong dia gosok, siapa lagi nak gosok. Memang abang aku ada wife nak tolong gosok kan. HAHAH. 


So,, apa apa pun,, raya dah nak dekat. Jadi kesayuan untuk membiarkan Ramadhan pergi tu tetap ada di samping kegembiraan meraikan kedatangan Syawal. Semoga ibadat kita selam 30hari ini akan diterima olehNya. InsyaALLAH. Pasal Kak Nor tu, bak kata rumate aku, Mieza, Aku kene biasakan diri untuk berkongsi kasih dengan Abang Rafi. Hehe.


Mak, tunggu adik balik okey. Kita masak sama sama, pasang lampu lip lap kat depan rumah sama sama. Semua nya laa sama sama. And pada Kak Ima, adik nak duit raya okey. Sebab anda dah bekerja. HAHA! Nak mintak duit raya kat Abang mungkin akan dapat kot. Tunggu laa tahun ni punye raya dia nak bagi ke tak. Hee~~


Alhamdulilah. :)