Thursday, December 15, 2011

LED WATCH

Assalamualaikum.


Hari ini aku sangat rajin sebab aku tak ponteng kelas pun. ( Padahal baru sehari je pun pergi kelas.) Semalam dah termimpi mimpi nak pakai jam baru,, TAPI,, tak kesampaian kot. Lambat lagi laa aku nak pakai jam baru. Pakai je laa jam yang lama ni. ( Kumpul duit beli jam baru.)


Jam tu sangat lawa. Nama jam tu CYCHOTIC. ( Sumpah aku nak jam ni sangat sangat! )


Tengok sendiri laa betapa smart dan stylo nya jam ni..



**Saya minat yang warna putih ni.. ( :



                  ** Hitam pun lawa jugak,, TAPI,, saya minat yang putih tu.. Hewhewhew




Saya nak sangat jam ni,, tolong beli kan saya satu boleh tak..?? ( Mata berkaca kaca.)

Friday, December 9, 2011

MAAF

Assalamualaikum.


Hari ni bangun awal. Mak pergi rumah orang kawin. Kak ima tido,, baru balik kerja. Aku..?! Sorang sorang mengenang nasib. Lagi berape jam je aku nak tinggal kan rumah ni lagi. Tak nak balik Kuala Selangor.!!! TAPI,, kena jugak balik. ( Beg pun tak kemas lagi -.- )


Aku teringat pasal hal semalam. Untuk amik langkah yang terbaik,, DUA DUA SALAH. Fair and square.


Bila aku buat salah dengan dia,, aku mesti dengar lagu ni. Sebab lagu ni BEST. Hahaha. Saya mintak MAAF. Saya JAHAT. Saya nak jumpa dia lagi. Once a sister,, always a  sister.


**Lee Seung Gi,, tolong nyanyi kan lagu Losing My Mind untuk dia. Nyanyi sedap sedap tau. TQ. Hahahah. ( Tolong text saya balik kalau awak dah MAAF kan saya. )


Untuk menyenangkan dia faham lagu ni, saya ambil video yang dah sedia ada terjemahan korea dan english ( Romanization ) Hehehehe.


**Lirik yang last last tu tak ada kene mengena. SO,, abaikan. Hahahah. Nanti salah paham lagi. :p





TERIMA KASIH

Assalamualaikum.


Yaayyy!! Saya dah berhenti jadi Boss Kecik. Finallyyy!!! Dapat rest setelah bekerja tanpa cuti selama sebulan. TAPI,, tak apa. Tak kisah. Janji seronok bila penat tu terbalas dengan sesuatu yang berharga. Alhamdulilah~~ 


TAPI,, yang tak siok nye hari ni,, ada lagi hal yang jadi. TAPI,, sebelum tu,, aku nak cakap THANK YOU VERY KAMSA pada semua yang belanja aku hari ni bersempena hari terakhir mereka semua jumpa aku. Nasihat semua macam biasa " Belajar rajin rajin tau " Hahahaha.


**Thank You Kak Ain, Thank You Kak Siti, Thank You Kakak Aqidah, Thank You Kak Mira, Thank You Kak Nani ( padahal umur bawah aku je pon. Hahah ) Thank You Zahid, Thank You Abang Falah n Special Thank You to Abang ASFAAZMI KASBANI ( muka dia mirip ayah saya. ) I Love You Ol So So So So much~~ : )


Bila dah balik rumah, aku baru ingat tugas aku yang sebenar selepas jadi Boss Kecik. STUDENT! Itu tugas aku yang sebenar. (_ _!)


Itu bukan laa masalah besar pun. TAPI,, ada sebab kenapa aku rasa macam berat hati nak balik semula ke sana. Nak menghadap muka seseorang. Bukan laa kata aku tak suka,, TAPI,, ambik masa sikit untuk okey macam dulu. Sebab hal yang jadi tadi, betul betul buat aku rasa malas dan give up dengan dia. Kesabaran aku dah tak ada. MAAF. ( Ayat kasar masa text awak. ) 


Bila dah bagi decision yang terbaik,, minta fikir balik. Bila buat semua tu,, ada fikir consequences tak..?? Fine,, MARAH. TAPI,, boleh tanya dulu kan..?? Saya tahu saya tak baik,, TAPI,, perkataan ***CK,, tak kan pernah ada dalam kamus hidup saya walau saya benci seseorang sampai mati. ( Tolong ingat! Sebab ni laa saya ** **C****K saya. )


**Saya nak cakap TERIMA KASIH sebab SALAH FAHAM dengan saya. Saya bizi. TQ. 


Gudnite peeps! Hahahaha ( Tukar nombor ) 







Friday, December 2, 2011

Uncle Bob

Assalamualaikum..


Lama jari jemari tak menari nari kat atas keyboard lappy ni. Almaklum laa,,sibuk bekerja. Carik duit poket yang dah terlampau penuh dengan habuk ni.. Carik punya carik, last last aku nampak ada satu iklan ni..

JAWATAN KOSONG PEKERJA KIOSK UNCLE BOB.


Aku pun terus laa call owner kedai ni. Dan alhamdulilah laa, dia nak ambik aku kerja kat kedai dia. Kerja kat sini agak penat jugak laa. Masak masak, kena goreng ayam, jual pau, jual segala jenis benda untuk di makan laa. Masuk hari ni, dah dekat 3minggu lebih aku kerja.


Aku ingat lagi masa aku nak mula mula kerja, nak potong ayam tu jadi kecik, punya laa susah, sampai bengkak tangan aku. Ada orang panggil ayam gunting, ayam goreng, ayam potong, Uncle bob je pun ada jugak. Macam macam nama diorang panggil. So, kene laa aku bekerja keras memotong tulang temulang ayam ni. TAPI, duit punya pasal, aku redha laa. Gaji..?! Okey laa. HAHAHA! ( Mak kata jangan belagak.. Hewhewhew )

Bukan tu je, nak melayan kerenah pelanggan lagi, punya laa susah. Ada pelangan yang baik, memahami tu alhamdulilah laa. Kalau dapat yang macam haram jadah, memang menguji kesabaran betul. TAPI, pokok pangkal, SABAR. 


Hari ni jugak laa, segala penat lelah aku terbalas. Aku dapat gaji. YAAAAYYYY!!!! Alhamdulilah. Syukur. Seronok kerja kat kedai ni. Dapat makan ayam free.. Hahah. Bukan tu je, jiran jiran sebelah kedai aku ni jual bahulu & donut. Kalau lapar je, sure dapat makan bahulu  & donut free. Hewhewhew. ( Mekasih Kakak Ain, Kakak Siti & Kakak Mira! )


 Dan disebabkan kerja kat sini, aku dapat panggilan baru, BOSS! ( Cool kan..?? HAHA ) Boss Kecik Kedai Uncle Bob. Ada yang kata aku anak Uncle Bob laa. Macam macam lagi laa. TAPI, aku kerja tak lama, minggu depan dah berhenti dah. So, saya akan rindu dengan kedai ni. Wuuu~~


Saya akan rindu dengan panggilan Bos Kecik. Saya akan rindu dengan ayam Uncle Bob. Saya akan rindu kene percik dengan minyak panas. HAHA. Saya akan rindu dengan bahulu panas & donut kakak kakak sekalian. Saya akan rindu dengan Boss saya. Saya akan rindu dengan semua.!!



Menyelerakan tak..?? HAHAH. Kalau nak, kena datang kedai saya.! Nilai je pun. Jemput datang ye..  : )

Saturday, October 1, 2011

Line

Assalamualaikum.



Secara cepat dan ringkas, aku nak bagitahu something. 



Okey. Aku balik Kuala Pilah. Act, Simpang Pertang laa. WHAT..??!! No Network Coverage..??!! Macam mana nak hidup ni.


Kenapa tak bawak num celcom ngok..?! Salah kau sendiri laa yani.. HAHA. Tak sempat nak bawak laa. Balik pun tergesa gesa. Nak buat macam mana. Sabar saja laa. Ahad ni balik laa Nilai balik. Meme aku robot. Dari Kuala Pilah terus ke Kuala Selangor. ( Patah pinggang.)


Kepada sayang sayang saya yang ada di luar sana tu, nanti saya text anda anda anda dan anda semua okey. Bukan niat saya tak nak balas text kalian semua. Nanti kita text sampai lebam okey. Lebiu muah muah.. : )

Sunday, September 25, 2011

Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum.


Okey. Hari ni 25hb Sept. Hari Ahad. Duduk depan laptop. Perut rasa lapar, makan beger. Tak ada keje nak buat. Aku nak cerita something. Nak baca leteww.. HAHA. 


Sebenarnya, besok hari jadi Iliyana Rosli. Kalau tak kenal, padan muka korang. HAHA. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa dekat dia untuk hari jadi dia tahun ni. Jadi, dengan ini, aku telah membuat keputusan decision untuk buat cover song sempena hari jadi dia. Aku ada tanya dia nak lagu apa, okey fine. Dia main main =.=''
( Masa 16hb tu, aku dah bagi dia birthday present and wish, tapi saja nak bagi hadiah lagi. Hehehe. )


Last last, dia kata dia minat lagu If I Die Young and Skyscraper. Meme berbelit lidah aku nak nyanyi lagu tu. Jadi aku pun duduk duduk merangkak ke sana ke mari carik lagu yang senang untuk nyanyi. Tup Tup!! Aku dapat idea. Lagu Nsync! ( Dulu aku minat gila dengan group ni. I love you JC!! HAHA. )


Lagu apa..?? Lagu T.I.P.U ( This I Promise You. )


Recording ini amik masa selama dua hari nak disiapkan. Sebab ada macam macam masalah. Dengan kamera tak ada bateri, bila dah half way nyanyi salah chord gitar. Lupa lirik. Nak edit lagi. Potong mana yang salah.  Macam macam. Tapi, usaha escalator kejayaan, right.? So, pagi tadi baru laa sempurna lagu tu. HAHA. 


Sebelum tengok video tu, aku nak bagitahu dulu. Kalau tak sedap, jangan kutuk, okey. Sebab benda ni untuk suka suka saja. Background agak bersepah sebab buat dalam kelas. HAHA. 


**muntah darah kalau aku tgk banyak kali..HAHA. Sori tak tengok kamera sebab saya pemalu
( Padahal tak hafal lirik. Hikhik. ) Sori jugak kalau ada sebutan yang salah,, saya terlalu nebes. HAHA.


Terima kasih kepada junior junior ku (Azrul, Harun, Zul. ) kerana membantu menyiapkan video ni. Lepas ni dah boleh buat band dengan korang. Tak lupa jugak pada Huda dan Boby. Thank You Very Kamsa.!!!


**bagi sape sape yang tak tahu lirik lagu ni, saya dah serta kan dibawah ini bersama chord gitar nya, kalau anda nak try lah. Fyi, lirik ni dah di potong potong dan dicincang bagi menjimatkan masa saya untuk menyanyi. Kalau nak yang full, carik sendiri. Hee~~


A Bm
When the visions around you,
G A
Bring tears to your eyes,
A Bm
And all that surrounds you,
G A
Are secrets and lies,
G
I'll be your strength,
A
I'll give you hope,
D Bm
Keeping your faith when it's gone,
G
The one you should call,
Asus4 A A
Was standing here all alone.


D
And i will take,
A
You in my arms,
Bm G
And hold you right where you belong,
D A
Till the day my life is through,
G
This i promise you,
G D
This i promise you.


A Bm
I've love you forever,
G A
In this lifetimes before,
A Bm
And i promise you never,
G A
Will you hurt anymore,
G
Igive you my word,
A
I give you my heart,
D Bm
This is a battle we've won,
G
And with this vow,
Asus4 A A
Forever has now begun.


**kalau nak tengok video ni, anda semua boleh suruh Bruno Mars tu diam buat seketika okey. Hehe. Nanti tak dengar pulak lagu nye.. Tadadam tadadam..





**kepada Iliyana Rosli, Selamat Hari Jadi. Sori, ini je yang mampu adik bagi dekat akak. Tak best mana pun tapi, adik dah cuba. Kalau tak suka, tak apa lah. Sayang akak ketat ketat. Lebiu muah muah. Selamat Hari Jadi!!!!!Jangan sedih sedih okey. Adik ada.  (^_^) 



Tuesday, September 20, 2011

Karya Terbaru

Assalamualaikum.


Secara cepat dan pantas jugak pun, saya dengan ini ingin bercerita sesuatu dengan kamu semua. Yelaa kamu. Dengar tau.. (Mane boleh dengar daa, baca boleh laa. Pandai gak kau ni yanie. HAHA.)


Okey sudah. Tadadam tadadam. Lect ada bagi lagi satu tugasan sebelum cuti Hari Malaysia lepas. Muka classmate aku lepas je lect tu bagi tugasan (-,-) (Comel kan.? HAHA. )


Nak tak nak, buat jugak laa. Markah der. Kau tak nak sudah. Aku nak. Haha. Aku tolong buat sikit sikit je. Ada penambahan dalan group aku selain mengekalkan muka yang sama iaitu adik aku, Nur Huda. (Nama dia Aisya)


Baru je kejap tadi kitorg buat double check untuk animation ni. Agak seronok dan lega sebab dah boleh tido dengan tenang berteman kan bantal peluk Spongebob. (Dah kepam, lama tak basuh. HAHA.)


Nak tengok, kali ni aku sure korang semua tak kan muntah darah. semua mesti cakap TADADAM TADADAM.. Hahahah..


Macam biasa, saya tak terima kutukan yang menjatuhkan saya, tapi saya terima nasihat yang membina untuk saya buat idea yang lebih baik untuk animation yang akan datang. Terima Kasih. : )


**KRU tolong laa ambil saya kerja dengan syarikat anda.? (Dalam mimpi kot. HAHA. )

Friday, September 16, 2011

Gembira + Kempunan

Assalamualaikum. 


Okey. Siapa tahu semalam berapa hari bulan.? Tak apa, aku bagitahu. Semalam 16hb (Hari Malaysia) bersamaan dengan 18 Syawal. Alhamdulilah. Aku rasa happy sangat sebab AWAK datang rumah.


To be honest, aku agak nebes sebab aku takut ada yang kurang kalau dia datang. Sebab dia mana pernah datang umah aku sebelum ni (kecuali masa Kak Nor kawin dulu)


Seronok laa. Aku rasa bersyukur sangat selama 5 tahun ++ kita kenal, at last, sampai jugak AWAK dekat rumah aku.


Aku rasa kelakar pun ada jugak dengan AWAK tu. Nak ikat makanan pun punya laa susah. HAHA. Macam tak pernah ikat tali laa pulak. Okey, aku pun senget sangat sebab tak reti ikat, padahal aku yang patut ikat sebab Mak aku suruh bungkus kan makanan untuk AWAK. Asyik gelak je. (Best)


Tapi, masa tu selalu meninggalkan kita tanpa kita sedari. AWAK kene mintak diri sebab nak cepat. Tak apa, aku faham. Apa apa pun janji aku kat AWAK dah aku tunaikan. Sori kalau AWAK tak suka. Itu je yang aku mampu.


InsyaALLAH, mungkin ada lagi masa kami jumpa. Terima kasih AWAK.!


**Cume ada rasa kecewa dan kempunan sebab AWAK tak bawak kek batik untuk aku : (



Wednesday, September 14, 2011

Baju

Assalamualaikum.


Okey, secara ringkas dan cepat. 


Hari ni hari pertama dalam hidup aku setelah lama aku tak pakai baju yang LAWA macam ni. Semua kata aku patu selalu pakai baju macam ni. Thanks to my rumate, Mieza. Thanks untuk semua pujian anda semua. :)



** Ignore kan background tu. Sangat messy. -..-" Sori.



** Aku pun tak tahu kenapa aku boleh pose macam tu. Ngeri!


'' Dugaan tu membuatkan aku kuat untuk menempuh kehidupan yang mendatang. La Tahzan. Banyak kan berdoa, merintih, Allah pasti mendengar " - Kak Hanim-

Monday, September 12, 2011

Peluang Kedua

Assalamualaikum.


Hari ni hari Selasa, pukul 11.10 a.m. Buat apa.? Dalam bilik, sorang sorang, rumate aku ada kelas pagi. Memang laa heaven kalau takde kelas waktu pagi, tapi yang mengerikan ialah kene duduk sorang sorang dalam bilik. Lain laa kalau ada yang nak tolong teman. Siapa nak teman aku berborak.? Memang ngeri kalau tengah duduk sorang tiba tiba ada suara lain yang bercakap dengan kita. Hahaha.


Okey, enuff. besok Rabu and next day is Khamis. Balik Nilai.? Tengah memikirkan nya. Rasa macam nak balik. Malas nak angkut beg dalam KTM selama 1 jam setengah. Beg aku meme 'ringan'. Haha. (padahal laptop ngan Amitoby je pun dalam beg tu.)


**Amitoby kena ikut aku balik, sebab dia kata dia takut tinggal sorang sorang dalam bilik. Hehe


Kadang kadang, aku selalu fikir, cukup ke amalan aku di dunia sekarang ni. Bersedia kan aku untuk menghadap Ilahi satu hari nanti setelah aku dijemput.? Adakah aku akan mati dalam keadaan yang baik/beriman.? Ataupun aku mati dalam keadaan yang sebaliknya.? (anda semua pernah fikir kan.?)


Dulu, aku pernah kena tahan masuk wad selama 3 hari. (kalau tak silap lah) Sebab ada lah hal nya. Aku gagah kan diri pergi ke sekolah masa tu. Dengan harapan nak belaja walaupun sakit. Tiba tiba sampai sekolah semua kata muka aku pucat, dan badan aku panas tahap melampau. Boleh je aku relaks lagi.


Tiba tiba, nak dijadi kan cerita, aku hampir pengsan. Terus kene hantar ke klinik. Sampai kat klinik, darah aku kene ambik. (darah saya dah makin sikit. Haha.) Doctor tu boleh pulak main main nak ambik darah kat dalam otak aku. Pening ke apa doctor tu. Nasib baik aku tengah sakit. Kalau tak, dah lama aku lari sebab doctor tu buat keje gila. (tapi dia comel. Hehe. )


Dapat je result tu, dia suruh aku refer dekat Hospital. So, aku terus kena hantar balik rumah. Sampai saja rumah, Cikgu aku bincang dengan Mak aku. Mak aku terus bawak aku pergi Hospital. Time tu, mak sangat gopoh. Mungkin Mak risau kalau aku sakit teruk. Muka Mak pun macam terkejut. (adeq mintak maaf sebab buat Mak risau. )


Aku ada sorang akak sedara keje dekat Hospital Besar Seremban tu. So, tak laa susah sangat nak settle kan hal aku. Aku kene masuk dekat Wad kecemasan sebab masa tu aku memang dah tak dapat nak jalan sangat. Nak jatuh. Mak pegang je tangan aku. (kasih Mak. )


Doctor kata aku kene appendiks. Erk..?? Dia kata aku kena bedah malam tu jugak. Aku nampak Mak nangis. Kalau aku tak kena bedah, aku mati ke.? ( Mak jangan nangis, adeq tak kan tinggal kan Mak.) Mak terus call abang aku dengan akak aku yang sulung. Mak risau tapi Mak nak sorok dari aku. Mata Mak asyik berair je. Tapi, aku tak mampu nak buat apa apa.


Masuk wad, aku kene naik wheel chair. (rasa macam dah teruk sangat pulak aku sakit. Haha. ) Mak selalu ada masa aku kat Hospital. Darah aku kena ambik lagi. Mak tanya sakit ke. Aku cakap biasa je. Mak aku senyum je. Sebab tu kali pertama aku masuk hospital, kau rasa macam ngeri gile. Kiri kanan orang sakit, menakutkan. Dah laa aku cepat gemuruh. Dengar pesakit jerit jerit segala.


Mak lah yang teman kan aku pergi tandas, suap kan aku makan, jaga aku. Mak memang tabah gila jaga aku. Masa badan aku nak kena masuk air, Mak ada temankan aku. Lepas je doctor dah masuk kan jarum untuk salurkan air dalam badan aku, bermula lah bermacam macam persoalan dalam minda kau. Bila nak kena bedah.? Pengsan tak aku masa bedah nanti.? Rasa sakit tak.? 


Tepat pukul 9, ada sorang nurse datang dia kata :


"Adik tak kena bedah malam ni sebab bilik bedah penuh, nanti doctor akan check adik lagi, kalau teruk, kami akan sediakan bilik bedah."


ALHAMDULILAH!


Dah dekat 2 3 hari doctor check, sakit aku makin kurang. Doctor kata sakit tu tak teruk sangat. Mak rasa happy gila. Aku rasa macam dah mati di hidupkan semula kot. Tapi, doctor tu nasihatkan, makan kena jaga, jangan makan pedas sangat, kalau sakit lagi terus datang Hospital. Boleh balik dah. Haha.


Sejak aku masuk Hospital tu, Mak selalu masak yang kurang pedas je untuk aku.. Erk. Meme tak sesuai dengan aku. Hahah. Tapi, kena jugak makan. Dari situ, aku belajar untuk lebih menghargai hidup dan terutama nya Mak. Aku rasa macam diberi peluang kedua dalam hidup. Kalau aku kena bedah malam tu, ntah aku hidup ntah tidak kan. Terima kasih Mak. :)


ADEQ SAYANG MAK..!!

Sunday, September 11, 2011

Permaisuri Hati

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari Nilai. Cuti yang sekejap ni, aku rasa sangat tak cukup untuk aku luangkan masa dengan family aku, terutama nya EMAK aku laa, Puan Kuntum. (best kan nama mak saya.)

Emm. Bila aku nak balik kampus, mesti ada satu perasaan sedih yang datang. Aku mesti rasa nak nangis bila tgk mak. Aku selalu fikir kan kesihatan mak bila aku tiada. Aku selalu fikir siapa nak tolong mak dekat kebun. Aku selalu fikir siapa nak masak untuk mak kalau dia penat. Aku selalu fikir siapa nak teman mak makan. Aku selalu fikir siapa nak teman mak tengok tb. (setiap masa adik fikir pasal mak.)

Selalu aku ingat, mak memang lain dari yang lain. (mak anda semua pun mesti hebat dekat mata anda kan.) Apa yang buat mak lain dari yang lain..?
                       1- Bila aku nak balik kampus, mak akan hantar dan tunggu kat ktm tu sampai aku naik ktm.
                       2- Mak tahu aku akan muncung dan badmood kalau nak balik kampus.
                       3- Mak mesti suruh aku bungkus macam macam lauk kalau balik kampus.
                       4- Mak mesti masak apa saja lauk yang aku nak.
                       5- Mak mesti kejut kan aku bangun subuh, kalau aku degil, mak rembat aku guna tuala. (ngeri kan.hehe.)
                       6- MAK LAH SEGALA-GALANYA............

Aku mengaku aku anak manja. (semua pun mesti manja dengan mak kan.) Kadang kadang, aku pelik kenapa orang dekat luar sana tu senang senang saja nak letak mak ayah dekat rumah kebajikan. Ada yang lagi 'baik' punya perangai, letak mak ayah dekat tepi jalan. Bukan lah nak menunjuk aku baik sangat, tapi, apa yamg anak itu fikir sampai sanggup bertindak macam tu.? Apa salah mak ayah tu sampai diperlakukan macam tu.?

Okey lah, aku nak bagitahu, senang saja. Tugas anak yang paling mudah ialah MEMBALAS JASA IBU AYAH. Susah sangat ke.? Ingat mak ayah tu nak kikis duit kita ke sampai campak ibu ayah dekat tepi jalan atau di mana mana. Kolot nya fikiran kalau ada yang berfikiran begitu. 

Cuba kenang balik masa kita kecik dulu, semua yang kita nak mesti dapat. Semua ibu ayah tunai kan. Apa lagi yang tak cukup.? Kalau nak dibandingkan pengorbanan ibu ayah dengan kita, sangat jauh macam langit dengan bumi. Tak rasa sayang ke pada ibu ayah.? 


Sebenarnya, aku rasa apa yang aku bagi dekat mak selama ni belum cukup lagi. Aku sendiri pun tak nak buat mak macam tu. Aku nak jaga mak sampai aku dah tiada nanti. Bukan nak belagak, tapi,itu lah yang aku akan buat nanti.

Kalau lah aku dapat tunjuk kan sayang aku pada mak, biar dia tahu betapa aku sayang pada dia. 

"Adik harap satu hari nanti adik dapat balas semua jasa mak, dan adik akan cuba bagi apa saja yang mak ingin kan. Bukan janji palsu, tapi suatu realiti. Mungkin ketika ini adik belum kenal erti penat mak lagi, tapi adik dapat rasa sedikit"

Terima kasih sebab jaga adik dari kecik.
Terima kasih sebab bagi didikan agama pada adik.
Terima kasih sebab jaga adik masa adik masuk hospital dulu.
Terima kasih sebab ajar adik masak.
Terima kasih sebab bagi adik kebahagiaan yang tak terhingga.
Terima kasih sebab jaga makan minum adik dari kecik.
Terima kasih sebab bagi adik duit belanja.
Terima kasih sebab belikan adik apa sahaja yang adik mintak.
Terima kasih sebab masak kan untuk adik.
Terima kasih untuk semua.

**walau adik ada 2 3 emak lain, mak tetap yang pertama dalam hati adik. Adik selalu doa kan mak. Mak jangan risau, mak tak akan menyesal dapat anak-anak macam Akak, Abang, Ima & Adik. InsyaALLAH.
(tulis macam ni pun dah bertakung airmata. Dan kalau lah mak saya dapat baca luahan hati saya ni.)

Thursday, September 8, 2011

Berbaik

Assalamualaikum.


Okey, sepatutnya 8hb aku dah update story. Hehe. Aku dah berbaik semula dengan AWAK. COOL kan..? Hahah. Dia tegur aku dekat Skype. Tapi malang nya, walaupun aku ada Skype, line macam siput sedut. Kalau aku sedut siput tu, tak laa lama mana pun. (merepek, perumpamaan baru)


So, aku text laa dia dekat FB. Nasib baik dia balas. So, nak tak nak, aku kene mengaku jugak kat dia yang aku rindu dia. Hehe. Gila tak rindu dah dekat seminggu tak contact. Alahmdulilah, semua nya kembali seperti biasa. Sepanjang dia tak contact aku tu, sebab dia busy dengan test dan dia demam. Ya, DIA DEMAM. Kesian kan...??


So, hanya mampu bagi nasihat dan doa kan supaya dia cepat sembuh. :)


Okey, sebebnarnya, hari ini, aku nak balik Nilai. Haalaa, balik NILAI. COOL kan..?? Jeles leeteew (ayat AWAK) Hahah.


Okey bhai.  Nak kemas barang. Aku ada kat Nilai, kalau rasa rindu dengan aku, text je okey. HAHA!


Selamat Tinggal Semua, Saya Pergi Dulu. :)

Wednesday, September 7, 2011

Bila 'AWAK' Tak Ada

Assalamualaikum.

Masuk hari ni, plus minus dah masuk seminggu AWAK tak contact saya kan. Okey, meme saya pun tak contact AWAK. Sebab saya EGO, kot. Saya nak sangat AWAK dengan saya macam dulu. Macam dulu. Alaa, AWAK lupa ke.? Okey, saya ingat kan balik.


Kalau dulu, AWAK text saya, tanya ada kelas ke tak, tgh buat apa, kita gurau gurau (okey, saya gurau kasar, sori, my bad), saya panggil AWAK *****, macam macam lagi. Dah ingat kan. 


Bukan itu saja, kalau saya yang text AWAK, mesti AWAK akan reply, walau busy mana sekalipun. Terima kasih. Saya down pun, mesti AWAK bagi saya semangat balik. Terima kasih.


Saya ingat lagi masa saya text AWAK sebab saya baru ***** dengan Mamat gila tu, AWAK terus call saya. Saya rasa sangat terharu bila AWAK ada untuk saya masa saya sangat sedih. Terima kasih.


Bila saya pandang A***O**, saya mesti teringat dekat AWAK, sebab AWAK kata saya Mak dia. -.-''
Banyak sangat benda yang AWAK bagi dekat saya yang buat saya ingat kat AWAK. Walau saya lari jauh mana pun, saya mesti ingat dekat AWAK


Saya jahat sebab saya senget  Saya mengaku.


AWAK tahu tak, hari ni, saya kena kutuk dengan senior saya. Dia kata saya SOTONG. (Mungkin petang tadi saya dah ngadu hal ni dekat AWAK, tapi malang nya, saya tak mampu nak text AWAK, sebab saya takut..) Saya tak tahu apa masalah dia. Mak saya & arwah atok saya yang bagi saya nama, dia sedap sedap nak kutuk macam tu. Saya cuba sabar sebab saya ingat lagi AWAK pernah kata, "**** tak dapat nak bantu ****melainkan suruh **** bersabar.." Terima kasih.


Okey, kepala saya sakit. AWAK jaga diri okey. Saya selalu tengok FB AWAK. Macam macam yang AWAK update. Mungkin apa yang AWAK update tu ada kene mengena dengan saya kot. Saya mintak maaf kalau saya tak ada untuk AWAK. Jaga diri baik baik. Saya doakan AWAK dari jauh, tak kira laa AWAK ada exam ke, test ke, GUD LUCK. :)


**pada sesiapa yang saya ada terkasar bahasa, tersakit kan hati, saya mintak maaf. Saya tak sempurna.


"ketidaksempurnaan diri sebagai manusia ialah sebab untuk orang memaafkan kita, bukan untuk alasan kita melakukan kesalahan."


(Copy from FB Aiman Azlan dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil.)

Tuesday, September 6, 2011

Untuk 'AWAK'

Assalamualaikum.


Secara cepat dan pantas, aku nak post something untuk 'AWAK'.


1- Org mintak maaf kalau org ada buat salah.
2- Org tahu 'awak' dah banyak bersabar dengan org.
3- Org tahu org tak sempurna, tapi org cuba untuk berubah.
4- Org tahu 'awak' tegur org untuk kebaikan org, dan sumpah Demi ALLAH, org tak marah pun masa tu.
5- Org berubah bukan sebab 'awak', tapi niat org kerana ALLAH Taala.
6- Org rasa susah untuk berubah secara drastik, tapi, org cuba sikit sikit.
7- Org rasa macam ada sesuatu yang hilang bila 'awak' tak pernah nak contact org lagi.
8- Org nak terima kasih dekat 'awak' sebab sudi tegur org.
9- Org tak janji org akan berubah, tapi org cuba.


DAN DAN DAN DAN DAN!!


Last but not least, yang ke 10


**TOLONG TUNGGU HADIAH HARI JADI YANG ORG DAH JANJI NAK BAGI DEKAT 'AWAK'. HADIAH 'AWAK' STILL LAGI ORG SIMPAN. CUMA TUNGGU MASA UNTUK BAGI PADA AWAK. BOLEH KAN..??


SELAMAT HARI JADI. (lambat lagi tapi still nak wish jugak)




-berapa banyak org daa. -.-''


Sekian, itu saja.

Monday, September 5, 2011

Diari Hari Raya

Assalamualaikum.


Dah lama jari aku tak menari-nari kat atas keyboard laptop ni. Maklum laa sejak akhir-akhir ni, broadband aku dah jadi hak milik abang dan Kak Ima. -..-''


Tapi, tak kisah laa. Aku dapat jugak online FB aku menggunakan BIRI-BIRI aku... COOL kan..?? Hehehe.


Orait, sepanjang Hari Raya yang lepas, macam macam aktibiti aku buat. 


Hari Raya Pertama : Bangun pagi (mandi sunat Hari Raya tak..??)
                             : Tolong mak siap kan juadah Raya. (Kak Ima keje, pukul 8pagi baru balik rumah.)
                             : Gosok baju Abang laaaaaa..............
                             : Pergi kubur Atok, Nenek, Pak Lang, Acik Ayang, Acik Tuti dan Pak Ngah. :(
                             : Mintak maaf dekat Mak. (Airmata aku mesti mengalir, Kak Ima dan Abang aku relaks je, tak nangis pun. Haish!)
                             : Tunggu orang datang Raya.


Hari Raya Kedua : Sama saja macam Hari Raya yang sebelumnya. Actually, aku dan adik beradik patut balik kampung Ayah dekat Melaka, tapi, Abang pulak tak sihat. Demam. So, takde siapa nak drive.


Hari Raya Ketiga : WEEEHHUUUUUU!!! Kak Nor balik Nilai.. Sebenarnya, aku rindu dia. Dah dekat sebulan aku tak jumpa dia. Sampai sampai saja dia dekat rumah, dia bagi aku duit raya. COOL kan..?? Hehe.


** WRONG INFO!!! Kampung Abang Rafi dekat Taiping, Perak. Bukan Penang. SORIII! Hehe.


Hari Raya Keempat : Mak cadang nak buat makan makan, so, aku, Kak Nor dgn Abang Rafi temankan Mak pergi beli barang.
                               : Best laa malam tu, tapi yang kurang menarik sebab ada hal sikit. Tak nak fikir laa. Itu salah aku kot.  (Buat SI DIA, saya tak marah kan awak, mungkin salah saya, insyaALLAH, saya akan cuba berubah jadi lagi baik.)


Raya yang seterusnya, sama saja, Orang datang rumah, buat air bagi kuih makan.. Itu saja. Tapi, ada laa membe aku dtg rumah ajak pegi beraya rumah membe yang lain. Nasib Mak bagi pegi. :)








** Terima kasih untuk duit raya yang sangat banyak. Terima kasih untuk coklat. 


** Terima kasih sebab suruh adik gosok baju lagi untuk Raya tahun ni. -..-'



** Mak, terima kasih sebab masak kan untuk adik kuah kacang dgn kuah lodeh. Sangat sedap... Sayang Mak ++++++++!!!!!!!!!!!!!


Gambar Kak Nor dgn Abang Rafi tak dapat upload, sebab, aku meme tak snap gambar dorg. Raya tahun depan mebi. :)



** Lokasi : Rumah saya laa. (COOL kan..?? Hehe)
** Tukang ambil gambar : Murdani
** Waktu : Pukul 6 waktu tempatan. Hahah

Itu saja laa coretan saya untuk Raya tahun ini. InsyaALLAH , jumpa lagi Syawal yang akan datang. :)

(Pada SI DIA, org mintak maaf okey. Org tak marah pun bila kene tegur. Sori, org cube ubah okey. :)


Saturday, August 27, 2011

Impian

Assalamualaikum.


Hari ni hari ke 27 Ramadhan. Aku rasa sayu sangat. Ramadhan dah nak habis, rasa macam baru semalam aku dengar perutusan raya tu dekat TB. Hehe. Alaa, pakcik yang selalu duduk atas kerusi letak tangan atas riba tu nanti ayat dia mesti macam ni :

"Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum wbt. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan..........."

Haa, macam tu laa sikit sikit dialog pakcik tu sejak aku kecil sampai laa sekarang. Tak pernah berubah. Dah nak muntah darah aku dengar. (Asyik muntah darah je, bila nak mati daa..haha.) Okey,dah.

Sebenarnya, aku bukan nak menganjing siapa siapa, aku cuma nak meluahkan sesuatu. Sama dengan tajuk yang tertera di atas tu, "Impian".

Hmm.. Apa impian aku..?? Sebenarnya, memang banyak impian seseorang insan.. Termasuk lah korang kan. Ada impian nak kahwin dengan orang kaya. Ada impian nak beli rumah besar. Ada impian nak naik kereta mahal. Tapi, impian aku senang je. Antara impian aku untuk Hari Raya ni :

                               1- Aku nak rasa pulang berhari raya ke kampung. 
                               2- Aku nak tengok budak budak main mercun, bunga api, mak mak ayah ayah sibuk dekat dapur masak rendang semua, sedara mara sibuk pasang langsir baru, isi kuih dalam balang. 
                               3- Aku nak rasa macam mana duduk ramai ramai depan Tb dengar pengumuman Hari Raya.
                               4- Pokok pangkal nya, aku nak rasa berhari raya dekat kampung.

Kenapa aku nak rasa semua tu..?? Sebab aku tak pernah rasa beraya dekat kampung. Aku tak pernah balik beraya dekat kampung. Sedih bila semua kawan kawan ada hala tuju nak balik kampung masing masing, Balik Johor laa, Perak laa, Penang laa. Aku..?? Nilai je. Ini laa rumah aku, ini laa kampung aku. Tapi, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada selama hari ini.

Cuma aku harap, Impian aku yang tersenarai dekat atas tu akan jadi realiti satu hari nanti. InsyaALLAH. Aku hargai sangat sangat kalau ada sesiapa yang ajak aku balik ke kampung dia untuk merasai kenikmatan berhari raya di kampung. So, kepada semua yang nak balik berhari raya, hati-hati. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. :))

                                      SELAMAT HARI RAYA...



Wednesday, August 24, 2011

Tugasan Terakhir Sebelum Bercuti

Assalamualaikum.


Okey, kita terus ke jalan yang lurus, jangan belok belok. Hari ni aku buka puasa minum air cincau, nasik tadak. Sebab apa..?? Sebab sibuk nak siap kan tugasan terakhir sebelum berangkat ke Nilai pukul 11 pagi esok. Jangan jeles okey. COOL. So,dari pukul 5 petang samapi 11 malam ++ aku mengabadikan diri di hadapan lappy semata mata nak buat Animation OMG. 


WHAT THE ..... OMG..??!!


Ramai laa nak buat melatah OH MY GOD,, HOMAIGOD,, bla bla bla... Aku, dan macam biasa, Adik aku, Huda, nak lain dari yang lain.. Suke hati korang laa nak buat apa dengan OMG korang.. Jadi,,aku dah dapat satu nama lain untuk OMG aku. Bukan  OH MY GOD macam diorang. Tapi...............


OH MAK GUARD... ( credit to Ina sebab bagi idea nama tu. )


Sebenarnya,, tak ada kena mengena pun animation yang aku buat dengan OH MAK GUARD tu.. Tapi,, macam biasa aku nak muntah darah buat benda tu. Nasib baik ada yang nak membantu. Terima kasih kepada  Yazid Torpedo untuk tutorial menggunakan software Adobe Flash. Dan Mizi. 


Okey,, korang temgok dan nilai lah sendiri. Baru nak belajar buat okey. So,mungkin banyak kekurangan. Maaf.






**Muntah darah tahap kritikal. Dah berbaldi baldi darah aku keluar dari buat storyboard lepas. Haish! Kesengalan melanda ketika membuat video ini. Pinggang bagai nak patah duduk atas kerusi je. Kalau tak dapat highest marks, mesti satu kolam darah aku keluar! HAHAHAH!


Tuesday, August 23, 2011

Selamat Tinggal UNISEL..

Assalamualaikum..


OPPPSSS!! Chop!! Bukan selamat tinggal untuk selamanya. Untuk seminggu yang akan datang je pun. Dah nak cuti raya laa.. Diulang sekali lagi,, CUTI RAYA!! Aku cuti seminggu plus kelas yang dibatalkan pada keesokan hari nya,, jadi cuti aku berjumlah 8 hari. (Tambah satu hari je pun nak kecoh kan..haha..) Yang penting, satu hari tu,, macam macam yang aku boleh buat,, termasuk laa kutip duit raya berguni guni. (Nak kutip berguni guni laa konon,, asal mak ajak raya rumah jiran depan,, manjang bagi macam macam alasan.hehe..)


Okey. Raya tahun ni aku dapat rasa agak tak meriah. Antara sebab musabab nya ialah :

                      1- Kak Nor tak raya dekat Nilai. Tahun ni, dia raya dekat kampung Abang Rafi(husband). Aku lupa kampung Abang Rafi dekat mana. Haha. Penang kot..
                      2- Mak aku tak buat kuih raya macam tahun tahun sebelum nya. Sebab tak ada siapa nak tolong mak buat kuih. (Aku jarang balik bulan ni, Kak Ima pulak dah kerja. Jadi, mak aku relaks je untuk tahun ni..)
                      3- Tu je laa sebab musababnya. Nak lebih lebih pulak.

Okey cool. Walaupun sebab musabab yang terpampang di atas ini menyebabkan raya aku kurang meriah, tapi aku tetap akan sambut dalam keadaan yang besederhana sama macam tahun tahun sebelum nya. Nice. Yang penting, ada santapan yang wajib bila tibanya Syawal nanti. Biasa nya mak aku memang dah tahu apa yang anak anak dia nak (You know me well enough. Kan Mak.. Hee~) Antara santapan yang Mak aku akan buat ialah :

                      1- Rendang.
                      2- Kuah lodeh.
                      3- Kuah kacang.
                      4- Nasi impit/himpit. (Aku pun tak tahu nama sebenar benda alah tu apa. Dan kenapa nama dia nasi impit. Kene impit dulu sebelum masak ke..?? Korang tanya laa mak korang sendiri okey. HAHA. )

Tapi, antara juadah yang tertera di atas tu, aku jarang makan rendang, sebab aku tak berapa suka rendang sangatt. Abang aku laa yang suka. Aku lagi suka makan nasi impit/himpit + kuah kacang + kuah lodeh. Okey,, aku dah terliur. Boleh ubah topik sekarang.


And, bila tiba malam raya, aku sangat suka. Sebab tempat aku ade buat bacaan takbir raya dari rumah ke rumah. Cool kan..?? Kampung korang ada..?? Tak ada kan.. Tak apa, nanti datang rumah aku sebelum raya dan rasai laa sendiri pengalaman yang aku dah rasai sejak aku kecil sampai laa aku dah berusia 19 tahun sekarang.


Bila tiba pagi raya, aku laa manusia yang pertama bangun untuk merasa kesayuan pagi raya. Kadang-kadang aku sedih sebab aku selalu teringat kan seseorang. Masa aku sambut raya dengan dia, aku tak perasan langsung tanda tanda dia akan pergi tinggal kan aku. Aku rasa aku akan jumpa dia pada Syawal yang akan datang, tapi semua itu angan angan sahaja. Tahun 2007 tu laa tahun terakhir aku sambut raya dengan dia. Memang dia ada tunjuk kan perangai yang pelik pelik. Tapi, semua tu kitorg perasan lepas dia dah tiada. Semua cucu panggil dia Nenek Bling Bling. Sebab bila raya mesti baju dia lip lap lip lap. Tapi itu semua dulu. (Acik,, adik rindu acik..) Okey,, enough. Airmata aku nak mengalir. 


Bila tibanya pagi raya jugak laa,, aku dah tahu pagi pagi mesti aku dengar dialog macam ni:


"Adik, tolong gosok baju melayu abang.."


Dengan muka lemah tak bermaya ibarat baru lepas berjalan sejauh 2 marhala, aku pun pergi laa masuk bilik dia dan gosok baju dia. Lepas dah gosok aku bagi dekat dia. Tak apa laa.. Lagi pun, kalau aku tak tolong dia gosok, siapa lagi nak gosok. Memang abang aku ada wife nak tolong gosok kan. HAHAH. 


So,, apa apa pun,, raya dah nak dekat. Jadi kesayuan untuk membiarkan Ramadhan pergi tu tetap ada di samping kegembiraan meraikan kedatangan Syawal. Semoga ibadat kita selam 30hari ini akan diterima olehNya. InsyaALLAH. Pasal Kak Nor tu, bak kata rumate aku, Mieza, Aku kene biasakan diri untuk berkongsi kasih dengan Abang Rafi. Hehe.


Mak, tunggu adik balik okey. Kita masak sama sama, pasang lampu lip lap kat depan rumah sama sama. Semua nya laa sama sama. And pada Kak Ima, adik nak duit raya okey. Sebab anda dah bekerja. HAHA! Nak mintak duit raya kat Abang mungkin akan dapat kot. Tunggu laa tahun ni punye raya dia nak bagi ke tak. Hee~~


Alhamdulilah. :)







                     

Monday, August 22, 2011

Masterpiece

Assalamualaikum.

Tadamm... Okey. Aku baru lepas siap kan drawing storyboard aku untuk submit dekat lect aku before balik cuti raya. (Tak sabar nak balik raya!!) Mak aku tunggu aku balik raya, nak pasang pelita sepanjang jalan  ke rumah kitorang. Hahaha! Nanti adik balik adik pasang pelita dalam rumah sekali okey mak..:P

Sangat penat tapi,, tak stress pun kerana masa yang di ambil untuk melukis di isi dengan aktiviti yang menyengalkan bersama coursemate aku,, Nur Huda Binti Mu Ahmad Nasir a.k.a 'adik'. (Sebab dia lahir lambat dari aku..haha.)

Sebenarnya, drawing kitorg tu dah banyak kali kene reject. Antara sebab musabab nya ialah:
                
                          1- Lukisan kami nampak keras.
                          2- Shading kena betul.

Baiklah.. Kami terima teguran Miss. Tak nak repeat paper punya pasal, kami pun pulun laa habis-habis mata pensil kami tu kat atas paper A3. Alhamdulilah, bila kami tunjuk balik drawing tu, Miss kami suka. Kami sanagat coolllll..... Kan kan kan..?? HAHAHA!!

Jadi, aku nak persembahkan sikit drawing kami yang teragung pada sem ini. (Agung ke..?? Aku rasa hancur sikit laa..haha..) Nilai lah sendiri. Kalau tak suka tak mengapa, sebab kami baru je nak belajar. Ini kira 'baby step' kami berdua. :)


Nampak tak ade bear2 warne biru tu,, nama dia AMITOBY.( Nak gak menyelit.) Fokus kita kepada meja yang agak berselerak macam tongkang pecah.. Okey,, itu pun meja saya. Senang cerita, ni Kawasan Bilik Saya. Hahaha. Saya sangat colllll...:P



Okey,, ini cerita yang pertama. Pandai pandai laa paham sendiri.. Malas nak cerita. Sebab aku pun rase macam nak muntah tengok drawing ini banyak kali..



Muntah darah dah.



Dah boleh masuk hospital,, sebab aku dah bosan menghadap lukisan yang sama. Hahaha. So,, besok petang aku kene submit drawing ini dekat Miss. Harap harap dia terima laa setelah kami melakukan perubahan dan pembedahan pada lukisan ini.

Tolong doakan kami supaya drawing ini di terima oleh Miss kami. Kalau tak,, bertimbun laa kerja aku masa raya nanti.

Pegang pada satu kata kata yang berbunyi,, ALLAH SWT tidak memandang pada hasil,, tapi pada usaha kita.

Alhamdulilah..:)



Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Meninggalkan Kita

Assalamualaikum.


Korang jangan salah anggap pulak dengan tittle tu. Tak ade sesiapa pun yang meninggal dunia. Tapi,simbolik dengan Bulan Ramadhan yang nak tiba penghujungnya..hihi.


Okey,sekarang sudah masuk hari yang ke 21 kita berpuasa. Gembira sebab dah nak dekat raya.? Mungkin. Tapi, dalam pada masa yang sama aku sedih. Sedih sebab tahun ni duit raya kurang.? TIDAK! Sedih sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan aku. Kerana Ramadhan ini membawa seribu satu keindahan dan kebahagiaan dalam hidup seorang khalifah seperti aku (kita semua pun khalifah juga.) Banyak kelebihan dalam bulan Ramadhan ni. Mesti laa semua dah tahu kan. Tapi, kadang-kadang,kelebihan itu jarang di manfaat kan, sebaliknya di peruntukkan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.


Sebagai contoh, dah tahu bulan Ramadhan tak elok mengeluarkan kata kata yang kesat, tapi, masih juga segelintir mengeluarkan kata kata tersebut. (Harap semua sedia maklum lah apa contoh kata kata kesat tu ya.) Mungkin ada ramai yang akan kata,


 "Ah kau pun tak sempurna nak cakap orang pulak!"


 Sememangnya aku akui aku juga tak sempurna tapi setidak tidaknya aku berusaha untuk menjadi sempurna. Tak semua sempurna tapi kita boleh mencuba kan.? Belajar untuk menjadi insan yang disenangi oleh orang lain. Kita tak sempurna dan betul pada setiap masa kan.? 


Orait, here we go. Antara kelebihan Bulan Ramadhan :


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud,


"Tiada daripada seorang hamba apabila melihatia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji ALLAH (kerana kedatangan bulan rahmat dan dengan kelebihan dan keistimewaannya) kemudian di baca Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan oleh ALLAH SWT daripada sakit matanya pada bulan ini."


Tiada siapa pun yang tahu kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ini, melainkan jika kita bersungguh sungguh dalam beribadat sehingga mendapat keampunan dan pahala. Walahualam. 


Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud,


" Diberikan kepada umat lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat umat yang dahulu sebelumnya :
     
      1- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi ALLAH SWT.
      2- Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasannya.
      3- Diampunkan dosa dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      4- Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10atau 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang menahan syahwat, makan minumnya kerana Aku.
      5- Dan mereka dikurniakan nikmat keseronokan ketika berbuka dan menemui Tuhan di akhirat nanti. ( Al-hadith)


Sungguh banyak kelebihan yang telah diberikan cuma kita sahaja yang malas untuk mengejarnya. SubhanALLAH. Sesungguhnya masih banyak yang aku lupa ketika menjalani hidup sebagai insan di bumi Tuhan ini. HOLY QURAN. 


Jadi, sebagai peringatan untuk anda dan untuk saya juga. Sama sama kita kejar manfaat dan kelebihan Ramadhan ini. Entah esok lusa kita tak tahu sama ada kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ini. Apa apa pun,sempurna kan dahulu Ramadhan kita untuk tahun ini. 




           SEMOGA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR, insyaALLAH..:))