Saturday, August 27, 2011

Impian

Assalamualaikum.


Hari ni hari ke 27 Ramadhan. Aku rasa sayu sangat. Ramadhan dah nak habis, rasa macam baru semalam aku dengar perutusan raya tu dekat TB. Hehe. Alaa, pakcik yang selalu duduk atas kerusi letak tangan atas riba tu nanti ayat dia mesti macam ni :

"Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum wbt. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan..........."

Haa, macam tu laa sikit sikit dialog pakcik tu sejak aku kecil sampai laa sekarang. Tak pernah berubah. Dah nak muntah darah aku dengar. (Asyik muntah darah je, bila nak mati daa..haha.) Okey,dah.

Sebenarnya, aku bukan nak menganjing siapa siapa, aku cuma nak meluahkan sesuatu. Sama dengan tajuk yang tertera di atas tu, "Impian".

Hmm.. Apa impian aku..?? Sebenarnya, memang banyak impian seseorang insan.. Termasuk lah korang kan. Ada impian nak kahwin dengan orang kaya. Ada impian nak beli rumah besar. Ada impian nak naik kereta mahal. Tapi, impian aku senang je. Antara impian aku untuk Hari Raya ni :

                               1- Aku nak rasa pulang berhari raya ke kampung. 
                               2- Aku nak tengok budak budak main mercun, bunga api, mak mak ayah ayah sibuk dekat dapur masak rendang semua, sedara mara sibuk pasang langsir baru, isi kuih dalam balang. 
                               3- Aku nak rasa macam mana duduk ramai ramai depan Tb dengar pengumuman Hari Raya.
                               4- Pokok pangkal nya, aku nak rasa berhari raya dekat kampung.

Kenapa aku nak rasa semua tu..?? Sebab aku tak pernah rasa beraya dekat kampung. Aku tak pernah balik beraya dekat kampung. Sedih bila semua kawan kawan ada hala tuju nak balik kampung masing masing, Balik Johor laa, Perak laa, Penang laa. Aku..?? Nilai je. Ini laa rumah aku, ini laa kampung aku. Tapi, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada selama hari ini.

Cuma aku harap, Impian aku yang tersenarai dekat atas tu akan jadi realiti satu hari nanti. InsyaALLAH. Aku hargai sangat sangat kalau ada sesiapa yang ajak aku balik ke kampung dia untuk merasai kenikmatan berhari raya di kampung. So, kepada semua yang nak balik berhari raya, hati-hati. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. :))

                                      SELAMAT HARI RAYA...



Wednesday, August 24, 2011

Tugasan Terakhir Sebelum Bercuti

Assalamualaikum.


Okey, kita terus ke jalan yang lurus, jangan belok belok. Hari ni aku buka puasa minum air cincau, nasik tadak. Sebab apa..?? Sebab sibuk nak siap kan tugasan terakhir sebelum berangkat ke Nilai pukul 11 pagi esok. Jangan jeles okey. COOL. So,dari pukul 5 petang samapi 11 malam ++ aku mengabadikan diri di hadapan lappy semata mata nak buat Animation OMG. 


WHAT THE ..... OMG..??!!


Ramai laa nak buat melatah OH MY GOD,, HOMAIGOD,, bla bla bla... Aku, dan macam biasa, Adik aku, Huda, nak lain dari yang lain.. Suke hati korang laa nak buat apa dengan OMG korang.. Jadi,,aku dah dapat satu nama lain untuk OMG aku. Bukan  OH MY GOD macam diorang. Tapi...............


OH MAK GUARD... ( credit to Ina sebab bagi idea nama tu. )


Sebenarnya,, tak ada kena mengena pun animation yang aku buat dengan OH MAK GUARD tu.. Tapi,, macam biasa aku nak muntah darah buat benda tu. Nasib baik ada yang nak membantu. Terima kasih kepada  Yazid Torpedo untuk tutorial menggunakan software Adobe Flash. Dan Mizi. 


Okey,, korang temgok dan nilai lah sendiri. Baru nak belajar buat okey. So,mungkin banyak kekurangan. Maaf.






**Muntah darah tahap kritikal. Dah berbaldi baldi darah aku keluar dari buat storyboard lepas. Haish! Kesengalan melanda ketika membuat video ini. Pinggang bagai nak patah duduk atas kerusi je. Kalau tak dapat highest marks, mesti satu kolam darah aku keluar! HAHAHAH!


Tuesday, August 23, 2011

Selamat Tinggal UNISEL..

Assalamualaikum..


OPPPSSS!! Chop!! Bukan selamat tinggal untuk selamanya. Untuk seminggu yang akan datang je pun. Dah nak cuti raya laa.. Diulang sekali lagi,, CUTI RAYA!! Aku cuti seminggu plus kelas yang dibatalkan pada keesokan hari nya,, jadi cuti aku berjumlah 8 hari. (Tambah satu hari je pun nak kecoh kan..haha..) Yang penting, satu hari tu,, macam macam yang aku boleh buat,, termasuk laa kutip duit raya berguni guni. (Nak kutip berguni guni laa konon,, asal mak ajak raya rumah jiran depan,, manjang bagi macam macam alasan.hehe..)


Okey. Raya tahun ni aku dapat rasa agak tak meriah. Antara sebab musabab nya ialah :

                      1- Kak Nor tak raya dekat Nilai. Tahun ni, dia raya dekat kampung Abang Rafi(husband). Aku lupa kampung Abang Rafi dekat mana. Haha. Penang kot..
                      2- Mak aku tak buat kuih raya macam tahun tahun sebelum nya. Sebab tak ada siapa nak tolong mak buat kuih. (Aku jarang balik bulan ni, Kak Ima pulak dah kerja. Jadi, mak aku relaks je untuk tahun ni..)
                      3- Tu je laa sebab musababnya. Nak lebih lebih pulak.

Okey cool. Walaupun sebab musabab yang terpampang di atas ini menyebabkan raya aku kurang meriah, tapi aku tetap akan sambut dalam keadaan yang besederhana sama macam tahun tahun sebelum nya. Nice. Yang penting, ada santapan yang wajib bila tibanya Syawal nanti. Biasa nya mak aku memang dah tahu apa yang anak anak dia nak (You know me well enough. Kan Mak.. Hee~) Antara santapan yang Mak aku akan buat ialah :

                      1- Rendang.
                      2- Kuah lodeh.
                      3- Kuah kacang.
                      4- Nasi impit/himpit. (Aku pun tak tahu nama sebenar benda alah tu apa. Dan kenapa nama dia nasi impit. Kene impit dulu sebelum masak ke..?? Korang tanya laa mak korang sendiri okey. HAHA. )

Tapi, antara juadah yang tertera di atas tu, aku jarang makan rendang, sebab aku tak berapa suka rendang sangatt. Abang aku laa yang suka. Aku lagi suka makan nasi impit/himpit + kuah kacang + kuah lodeh. Okey,, aku dah terliur. Boleh ubah topik sekarang.


And, bila tiba malam raya, aku sangat suka. Sebab tempat aku ade buat bacaan takbir raya dari rumah ke rumah. Cool kan..?? Kampung korang ada..?? Tak ada kan.. Tak apa, nanti datang rumah aku sebelum raya dan rasai laa sendiri pengalaman yang aku dah rasai sejak aku kecil sampai laa aku dah berusia 19 tahun sekarang.


Bila tiba pagi raya, aku laa manusia yang pertama bangun untuk merasa kesayuan pagi raya. Kadang-kadang aku sedih sebab aku selalu teringat kan seseorang. Masa aku sambut raya dengan dia, aku tak perasan langsung tanda tanda dia akan pergi tinggal kan aku. Aku rasa aku akan jumpa dia pada Syawal yang akan datang, tapi semua itu angan angan sahaja. Tahun 2007 tu laa tahun terakhir aku sambut raya dengan dia. Memang dia ada tunjuk kan perangai yang pelik pelik. Tapi, semua tu kitorg perasan lepas dia dah tiada. Semua cucu panggil dia Nenek Bling Bling. Sebab bila raya mesti baju dia lip lap lip lap. Tapi itu semua dulu. (Acik,, adik rindu acik..) Okey,, enough. Airmata aku nak mengalir. 


Bila tibanya pagi raya jugak laa,, aku dah tahu pagi pagi mesti aku dengar dialog macam ni:


"Adik, tolong gosok baju melayu abang.."


Dengan muka lemah tak bermaya ibarat baru lepas berjalan sejauh 2 marhala, aku pun pergi laa masuk bilik dia dan gosok baju dia. Lepas dah gosok aku bagi dekat dia. Tak apa laa.. Lagi pun, kalau aku tak tolong dia gosok, siapa lagi nak gosok. Memang abang aku ada wife nak tolong gosok kan. HAHAH. 


So,, apa apa pun,, raya dah nak dekat. Jadi kesayuan untuk membiarkan Ramadhan pergi tu tetap ada di samping kegembiraan meraikan kedatangan Syawal. Semoga ibadat kita selam 30hari ini akan diterima olehNya. InsyaALLAH. Pasal Kak Nor tu, bak kata rumate aku, Mieza, Aku kene biasakan diri untuk berkongsi kasih dengan Abang Rafi. Hehe.


Mak, tunggu adik balik okey. Kita masak sama sama, pasang lampu lip lap kat depan rumah sama sama. Semua nya laa sama sama. And pada Kak Ima, adik nak duit raya okey. Sebab anda dah bekerja. HAHA! Nak mintak duit raya kat Abang mungkin akan dapat kot. Tunggu laa tahun ni punye raya dia nak bagi ke tak. Hee~~


Alhamdulilah. :)







                     

Monday, August 22, 2011

Masterpiece

Assalamualaikum.

Tadamm... Okey. Aku baru lepas siap kan drawing storyboard aku untuk submit dekat lect aku before balik cuti raya. (Tak sabar nak balik raya!!) Mak aku tunggu aku balik raya, nak pasang pelita sepanjang jalan  ke rumah kitorang. Hahaha! Nanti adik balik adik pasang pelita dalam rumah sekali okey mak..:P

Sangat penat tapi,, tak stress pun kerana masa yang di ambil untuk melukis di isi dengan aktiviti yang menyengalkan bersama coursemate aku,, Nur Huda Binti Mu Ahmad Nasir a.k.a 'adik'. (Sebab dia lahir lambat dari aku..haha.)

Sebenarnya, drawing kitorg tu dah banyak kali kene reject. Antara sebab musabab nya ialah:
                
                          1- Lukisan kami nampak keras.
                          2- Shading kena betul.

Baiklah.. Kami terima teguran Miss. Tak nak repeat paper punya pasal, kami pun pulun laa habis-habis mata pensil kami tu kat atas paper A3. Alhamdulilah, bila kami tunjuk balik drawing tu, Miss kami suka. Kami sanagat coolllll..... Kan kan kan..?? HAHAHA!!

Jadi, aku nak persembahkan sikit drawing kami yang teragung pada sem ini. (Agung ke..?? Aku rasa hancur sikit laa..haha..) Nilai lah sendiri. Kalau tak suka tak mengapa, sebab kami baru je nak belajar. Ini kira 'baby step' kami berdua. :)


Nampak tak ade bear2 warne biru tu,, nama dia AMITOBY.( Nak gak menyelit.) Fokus kita kepada meja yang agak berselerak macam tongkang pecah.. Okey,, itu pun meja saya. Senang cerita, ni Kawasan Bilik Saya. Hahaha. Saya sangat colllll...:P



Okey,, ini cerita yang pertama. Pandai pandai laa paham sendiri.. Malas nak cerita. Sebab aku pun rase macam nak muntah tengok drawing ini banyak kali..



Muntah darah dah.



Dah boleh masuk hospital,, sebab aku dah bosan menghadap lukisan yang sama. Hahaha. So,, besok petang aku kene submit drawing ini dekat Miss. Harap harap dia terima laa setelah kami melakukan perubahan dan pembedahan pada lukisan ini.

Tolong doakan kami supaya drawing ini di terima oleh Miss kami. Kalau tak,, bertimbun laa kerja aku masa raya nanti.

Pegang pada satu kata kata yang berbunyi,, ALLAH SWT tidak memandang pada hasil,, tapi pada usaha kita.

Alhamdulilah..:)



Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Meninggalkan Kita

Assalamualaikum.


Korang jangan salah anggap pulak dengan tittle tu. Tak ade sesiapa pun yang meninggal dunia. Tapi,simbolik dengan Bulan Ramadhan yang nak tiba penghujungnya..hihi.


Okey,sekarang sudah masuk hari yang ke 21 kita berpuasa. Gembira sebab dah nak dekat raya.? Mungkin. Tapi, dalam pada masa yang sama aku sedih. Sedih sebab tahun ni duit raya kurang.? TIDAK! Sedih sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan aku. Kerana Ramadhan ini membawa seribu satu keindahan dan kebahagiaan dalam hidup seorang khalifah seperti aku (kita semua pun khalifah juga.) Banyak kelebihan dalam bulan Ramadhan ni. Mesti laa semua dah tahu kan. Tapi, kadang-kadang,kelebihan itu jarang di manfaat kan, sebaliknya di peruntukkan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.


Sebagai contoh, dah tahu bulan Ramadhan tak elok mengeluarkan kata kata yang kesat, tapi, masih juga segelintir mengeluarkan kata kata tersebut. (Harap semua sedia maklum lah apa contoh kata kata kesat tu ya.) Mungkin ada ramai yang akan kata,


 "Ah kau pun tak sempurna nak cakap orang pulak!"


 Sememangnya aku akui aku juga tak sempurna tapi setidak tidaknya aku berusaha untuk menjadi sempurna. Tak semua sempurna tapi kita boleh mencuba kan.? Belajar untuk menjadi insan yang disenangi oleh orang lain. Kita tak sempurna dan betul pada setiap masa kan.? 


Orait, here we go. Antara kelebihan Bulan Ramadhan :


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud,


"Tiada daripada seorang hamba apabila melihatia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji ALLAH (kerana kedatangan bulan rahmat dan dengan kelebihan dan keistimewaannya) kemudian di baca Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan oleh ALLAH SWT daripada sakit matanya pada bulan ini."


Tiada siapa pun yang tahu kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ini, melainkan jika kita bersungguh sungguh dalam beribadat sehingga mendapat keampunan dan pahala. Walahualam. 


Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud,


" Diberikan kepada umat lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat umat yang dahulu sebelumnya :
     
      1- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi ALLAH SWT.
      2- Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasannya.
      3- Diampunkan dosa dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      4- Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10atau 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang menahan syahwat, makan minumnya kerana Aku.
      5- Dan mereka dikurniakan nikmat keseronokan ketika berbuka dan menemui Tuhan di akhirat nanti. ( Al-hadith)


Sungguh banyak kelebihan yang telah diberikan cuma kita sahaja yang malas untuk mengejarnya. SubhanALLAH. Sesungguhnya masih banyak yang aku lupa ketika menjalani hidup sebagai insan di bumi Tuhan ini. HOLY QURAN. 


Jadi, sebagai peringatan untuk anda dan untuk saya juga. Sama sama kita kejar manfaat dan kelebihan Ramadhan ini. Entah esok lusa kita tak tahu sama ada kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ini. Apa apa pun,sempurna kan dahulu Ramadhan kita untuk tahun ini. 




           SEMOGA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR, insyaALLAH..:))

Thursday, August 18, 2011

10 Malam Terakhir

Assalamualaikum.


Disebabkan lagi beberapa hari je kita nak sambut Hari Raya,,today aku nak share sikit cerita pasal 10 malam terakhir ramadhan ni sebelum kita sambut Raya. Semua sibuk main mercun,,beli baju raya,,buat kuih raya segala,,sampai lupe nak meriahkan 10 malam terakhir ni dengan benda yang sepatutnya..


Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:


"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."


Dalam konteks dosa,,tak kira laa dosa kecil mahupun yang besar,,pasti akan diampunkan.. Ada pendapat mengatakan,,dalam konteks hadith ini,,hanya dosa kecil sahaja yang akan diampunkan,,dosa besar akan diampunkan dengan syarat kita membuat taubat nasuha berazam tidak mengulangi dosa yang telah kita lakukan dan memulangkan semua hak orang yang kita pernah ambil dahulu.


Sebagai hambaNya,,kita sepatutnya beriya iya mengejar dan menghidupkan malam terakhir ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya.. Sebagai contoh,,sembahyang malam,,membaca Al-quran,,bertahajud,,berzikir,,berdoa,,dan sebagainya. Sesungguhnya kita ini tidak sempurna menjadi hamba ALLAH SWT.. Jadi menjadi satu kemestian kita mencari keampunan dan keredaan ALLAH SWT dengan merendahkan diri kepadaNya pada waktu malam dan memohon keredhaanNya. InsyaALLAH,,ALLAH SWT Maha Pengampun,,nescaya dosa kita akan diampunkan. ALLAH SWT tak memandang pada hasil,,tapi pada usaha kita untuk berubah menjadi insan yang diredhaiNya dunia dan akhirat..


Tahu tak tanda-tanda Malam Lailatul Qadar tu macam mana? Ada perbezaan antara hari-hari dalam bulan Ramadhan ni. Mesti kita nampak kalau kita alert dengan perubahan tersebut. Semua mesti tahu Malam Lailatul Qadar tu malam-malam yang ganjil.. Memang lah betul. Tapi,,tak semua malam ganjil tu akan turun Lailatul Qadar,,right..?? Antara tanda-tanda Malam Lailatul Qadar tu ialah :


     1- Matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik.(matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.)
     2- Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk.


 Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir."



Jadi,,sama-sama lah kita memanfaatkan 10 MALAM TERAKHIR ini dengan agenda yang telah aku nyatakan di atas tadi.. Semoga kita dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar itu.. INSYAALLAH..

Thursday, August 11, 2011

Jarak Yang Memisahkan Mengajarku Erti Kasih Sayang

Okey.. Tomorrow,,aku nak balik Nilai.. Yelaa,,NILAI.. Rumah aku.. Kau tak tau..?? Lantak laa kat situ.. Haha.. Kisah pulak aku kan.. Aku nak balik,,nak jumpa Mak aku.. Aku rindu dia.. Selama aku di Kuala Selamgor ni,,makin banyak yang aku belajar.. Aku belajar cara untuk menjadi lebih matang.. (matang ke..??hehe) Baru aku tahu kasih sayang seorang ibu tu kuat .. Selama mak ada  depan mata aku,,aku tak pernah nak dengar cakap die,,suka melawan.. Bila dah jauh,,baru aku tahu erti kata RINDU YANG TERAMAT SANGAT PADA MAK.. I wish that my arms are long enough so that I can touch the east and the west,,only then could i demonstrate to you how much I love u Mak... Dan kalau umur mak aku panjang,,aku nak dia ada dengan aku sampai bila bila.. Aku nak jaga Mak aku macam mana dia jaga aku masa aku kecil dulu.. Mungkin apa yang aku buat tak sama dengan pengorbanan di semasa aku kecil dulu,,tapi,,aku akan cuba bagi yang terbaik untuk mak.. Dan aku tak kan sekali kali hantar mak pergi Rumah Orang Tua.. That is a promise and I won't do that.. Sebab aku tahu mak dah banyak berkorban untuk aku,,tak kan lah aku tergamak nak hantar mak dekat situ.. Tak pernah terfikir pun sampai kesitu,,walau pun mak selalu kata yang mesti kami adik beradik akan hantar dia ke rumah orang tua.. Adik janji mak,,adik tak kan hantar mak dekat situ.. Adik nak jaga mak sampai bila bila.. Adik janji.. :)



Ini bukan gambar Mak saya okey.. Harap maklum.. Cuma hiasan..

Wednesday, August 3, 2011

Kepintaran Dipergunakan

Hari ni dah masuk 4 hari umat Islam berpuasa.. Aku rindu nak balik Nilai.. Nka buke puasa dengan mak,,malang nya,,masih tak berkesempatan lagi.. Aku sibuk.. (kerja mengalahkan Presiden Barack Obama..hahah..) Storiboard aku melambak nak kene siap kan.. Nasib laa rumet aku nak tlg buat kan sekali.. Tapi,,malang untuk kali yang kedua,,lecturer aku suruh buat balik.. Adoi..  Ape laa nasib.. Itu aku tak kisah sangat laa sebab aku boleh buat balik.. Tapi,,ada satu benda yang buat aku rasa macam nak menyumpah tahap cipan sangat sangat.. Okey,,aku tahu pujian itu satu doa.. Tapi kalau org puji tu semata mata nak pergunakan kau..?? Apa kau rasa..?? Marah kan..?? Puji ada makna.. Macam ada siput di sebalik selut.. (peribahasa baru..heheh..) Aku tak anggap aku pandai buat semua benda,,tapi,,aku cuba nak belajar buat benda tu semua.. Aku tau kejayaan tak datang secara berguling,,sebab tu kene berusaha.. Dan ALLAH s.w.t tu tak pandang pada hasil,,tapi pada usaha kita.. Kalau kau rasa kau boleh guna kan aku atas dasar seorang "SENIOR",,buat laa apa yang kau nak buat.. Aku tetap macam ni.. Tak kan berubah.. Tapi,,mungkin laa tahap IQ aku lagi tinggi dari kau.. HAHA.. Bukan untuk membangga diri,,tapi aku tahu ada balasan untuk kau.. Cuma lambat atau cepat je.. Takpe,,aku boleh tunggu sebab aku tak sabar sangat nak tengok balasan kau tu tahap macam mana....