Wednesday, January 19, 2011

MENGIMBAU KENANGAN BERGELAR MAHASISWA/WI....

Selama aku mengganggur selepas aku habis SPM,,aku isi masa lapang dengan cari duit poket sendiri.. Nak minta kat mak sangat pun,,tak sedap laa.. Mak aku ada banyak benda nak fikir,,bayar dan uruskan.. Cukup lah time kecik dulu aku dah beban kan dia.. Penat dia jaga aku sendirian.. Dia lah ibu,,dia lah ayah.. SAYANG MAK KETAT KETAT.. Sabar aku menanti abang postmen datang dekat rumah membawa surat tawaran sambung belajar untuk aku,,tapi,,asal dia datang,,mesti surat AVON mak aku yang sampai... Aku online untuk masuk POLITEKNIK,,jawapan masih diproses.. AIIIYYYOOOO!!!!!! Selepas beberapa bulan,,baru laa aku dapat sepucuk surat yang agak besar sampulnya,,bertulis seperti berikut......
      
      SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA TELAH DITAWARKAN TEMPAT UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM DIPLOMA INDUSTRI MULTIMEDIA DI UNISEL BATANG BERJUNTAI. 

Macam tu laa ala ala surat tu dia tulis.. Aku bersyukur walaupun aku ditempat kan di IPTS.. Setidak tidaknya,aku dapat menyambung pelajaran aku.. Aku kemas barang 2-3 hari sebelum daftar masuk,,macam tak ada semangat je nak sambung belajar kat UNISEL.. Hari yang aku tunggu tunggu pun tiba,,pagi tu mak aku masak untuk bekal aku kat hostel nanti.. Mak pulak yang cemas,,biasalah,,IBU kan.. Sampai je kat UNISEL,aku jadi gabra,,aku rasa macam aku dikelilingi oleh GAJAH GAJAH BURMA YANG SANGAT BESAR,,aku ibarat semut MERAH...haha.. Segala tulis menulis,,akak aku yang buat,,kak NOOR HILDA,,sebab tangan aku mengeletar giler..haha.. Masa aku daftar tu,,mak,,kak noor and tunang akak aku,,abang RAFI yang hantar.. Aku ingat aku bakal dapat kejutan budaya,,tapi,,ALHAMDULILAH,,semua berjalan dengan lancar,,roomate aku and housemate aku baik baik orang nya... Aku harap,,perhubungan antara aku dan mereka kekal sampai kami habis study nanti... INSYAALLAH..

GAMBAR UNISEL TAK BERAPA NAK BEST,,AKU DAH PUAS CARIK YANG BEST BEST,,TAKDE JUGAK,,JADI AKU AMBIL LAA GAMBAR NI.. OK LAA KAN..ADA GAMBAR MASJID KAT SITU..HUHU..RUMAH KEDUA SAYA DI UNISEL.......

MALAM YANG MEMBAWA SERIBU SATU BUNYI DI UNISEL......

Jam dah tepat pukul 2 pagi ++.. Mata aku masih lagi segar macam sayur segar yang mak korang beli kat pasar pagi nun..hehe.. Aku pun tak tahu kenape mata aku tak nak lelap.. Nak kata tak penat,,aku penat sangat.. Dari petang tadi,,balik kelas terus basuh baju,,then masak untuk makan petang,,lepas tu,,tidoq sekejap,,tak lama pun,,boleh dikira guna jari..haha.. Tadi pergi meeting FITM pulak,,balik pukul 11malam ++.. PENAT SEYH. Jalan bukan sikit sikit punya jalan,,JAUUUHHH BAI!!!!

Bila semua manusia di UNISEL ni dah beradu,,aku pula bekerja membanting tulang untuk mengupdate blog aku...haha.. Malam kan waktu untuk tidoq... Aku rasa semakin menghampiri pagi,,semakin aku segar je.. Entah entah sampai ke subuh kot aku tak tidoq.. Tapi,,makin aku duduk sorang sorang,,macam macam bunyi yang aku dengar,,sekarang ni aku dengar bunyi macam mesin tengah beroperasi,,aku tak tahu laa mesin jiran mana yang beroperasi malam malam macam ni.. Basuh baju kot.. Tapi,,apasal bunyi tu macam tak ada stop sekejap sekejap.. Mesin basuh kat rumah aku pun ada jew stop stop.. Ntah bunyi apa ntah.. Tadi aku boleh dengar lagi suara minah minah UNISEL ni terjerit jerit,,tergelak gelak,,sekarang dah tak dengar lagi,,dah masuk korong (tempat tidur) sendiri laa tuh agaknya.. Ngantookkk kannn~~~~







                        SELAMAT MALAMMMMM,,TIDUR LAAAA SAYANG KUUUUU.................

PERCUBAAN PERTAMA MENGUPDATE BLOG!!!

Aku baru saja tersedar untuk mengupdate blog aku.. Ini sebenarnya percubaan pertama.. Aku dah lama buat account blog aku,,cuma tak pernah ada hati nak update blog aku ni..haha.. Kadang kadang,,bila fikir fikir balik,,kenapa laa aku baru terhegeh hegeh nak buat blog,,padahal orang lain dah melambak lambak post dorg.. Tapi,,tak apa lah,,aku still jugak nak buat blog dan update blog aku,,walau pun masa yang aku ada untuk menghadap lappy aku ni sangat singkat.. Aku tak nak laa di cop macam KATAK BAWAH TEMPURUNG,,tak nak dan tak mahu ambil tahu apa apa yang berlaku di sekeliling mereka.. Aku akan cuba explore dengan lebih mendalam lagi tentang kehebatan BLOG ni..haha

GAMBAR KATAK DI ATAS TEMPURUNG,,AGAK LARI SIKIT DENGAN PERIBAHASA AKU YANG DEKAT ATAS TADI..TAPI,,TAK APA LAA,,JANJI ADA  MR.FROOGY TU..HAHAH