Thursday, December 15, 2011

LED WATCH

Assalamualaikum.


Hari ini aku sangat rajin sebab aku tak ponteng kelas pun. ( Padahal baru sehari je pun pergi kelas.) Semalam dah termimpi mimpi nak pakai jam baru,, TAPI,, tak kesampaian kot. Lambat lagi laa aku nak pakai jam baru. Pakai je laa jam yang lama ni. ( Kumpul duit beli jam baru.)


Jam tu sangat lawa. Nama jam tu CYCHOTIC. ( Sumpah aku nak jam ni sangat sangat! )


Tengok sendiri laa betapa smart dan stylo nya jam ni..



**Saya minat yang warna putih ni.. ( :



                  ** Hitam pun lawa jugak,, TAPI,, saya minat yang putih tu.. Hewhewhew




Saya nak sangat jam ni,, tolong beli kan saya satu boleh tak..?? ( Mata berkaca kaca.)

Friday, December 9, 2011

MAAF

Assalamualaikum.


Hari ni bangun awal. Mak pergi rumah orang kawin. Kak ima tido,, baru balik kerja. Aku..?! Sorang sorang mengenang nasib. Lagi berape jam je aku nak tinggal kan rumah ni lagi. Tak nak balik Kuala Selangor.!!! TAPI,, kena jugak balik. ( Beg pun tak kemas lagi -.- )


Aku teringat pasal hal semalam. Untuk amik langkah yang terbaik,, DUA DUA SALAH. Fair and square.


Bila aku buat salah dengan dia,, aku mesti dengar lagu ni. Sebab lagu ni BEST. Hahaha. Saya mintak MAAF. Saya JAHAT. Saya nak jumpa dia lagi. Once a sister,, always a  sister.


**Lee Seung Gi,, tolong nyanyi kan lagu Losing My Mind untuk dia. Nyanyi sedap sedap tau. TQ. Hahahah. ( Tolong text saya balik kalau awak dah MAAF kan saya. )


Untuk menyenangkan dia faham lagu ni, saya ambil video yang dah sedia ada terjemahan korea dan english ( Romanization ) Hehehehe.


**Lirik yang last last tu tak ada kene mengena. SO,, abaikan. Hahahah. Nanti salah paham lagi. :p


video



TERIMA KASIH

Assalamualaikum.


Yaayyy!! Saya dah berhenti jadi Boss Kecik. Finallyyy!!! Dapat rest setelah bekerja tanpa cuti selama sebulan. TAPI,, tak apa. Tak kisah. Janji seronok bila penat tu terbalas dengan sesuatu yang berharga. Alhamdulilah~~ 


TAPI,, yang tak siok nye hari ni,, ada lagi hal yang jadi. TAPI,, sebelum tu,, aku nak cakap THANK YOU VERY KAMSA pada semua yang belanja aku hari ni bersempena hari terakhir mereka semua jumpa aku. Nasihat semua macam biasa " Belajar rajin rajin tau " Hahahaha.


**Thank You Kak Ain, Thank You Kak Siti, Thank You Kakak Aqidah, Thank You Kak Mira, Thank You Kak Nani ( padahal umur bawah aku je pon. Hahah ) Thank You Zahid, Thank You Abang Falah n Special Thank You to Abang ASFAAZMI KASBANI ( muka dia mirip ayah saya. ) I Love You Ol So So So So much~~ : )


Bila dah balik rumah, aku baru ingat tugas aku yang sebenar selepas jadi Boss Kecik. STUDENT! Itu tugas aku yang sebenar. (_ _!)


Itu bukan laa masalah besar pun. TAPI,, ada sebab kenapa aku rasa macam berat hati nak balik semula ke sana. Nak menghadap muka seseorang. Bukan laa kata aku tak suka,, TAPI,, ambik masa sikit untuk okey macam dulu. Sebab hal yang jadi tadi, betul betul buat aku rasa malas dan give up dengan dia. Kesabaran aku dah tak ada. MAAF. ( Ayat kasar masa text awak. ) 


Bila dah bagi decision yang terbaik,, minta fikir balik. Bila buat semua tu,, ada fikir consequences tak..?? Fine,, MARAH. TAPI,, boleh tanya dulu kan..?? Saya tahu saya tak baik,, TAPI,, perkataan ***CK,, tak kan pernah ada dalam kamus hidup saya walau saya benci seseorang sampai mati. ( Tolong ingat! Sebab ni laa saya ** **C****K saya. )


**Saya nak cakap TERIMA KASIH sebab SALAH FAHAM dengan saya. Saya bizi. TQ. 


Gudnite peeps! Hahahaha ( Tukar nombor ) 







Friday, December 2, 2011

Uncle Bob

Assalamualaikum..


Lama jari jemari tak menari nari kat atas keyboard lappy ni. Almaklum laa,,sibuk bekerja. Carik duit poket yang dah terlampau penuh dengan habuk ni.. Carik punya carik, last last aku nampak ada satu iklan ni..

JAWATAN KOSONG PEKERJA KIOSK UNCLE BOB.


Aku pun terus laa call owner kedai ni. Dan alhamdulilah laa, dia nak ambik aku kerja kat kedai dia. Kerja kat sini agak penat jugak laa. Masak masak, kena goreng ayam, jual pau, jual segala jenis benda untuk di makan laa. Masuk hari ni, dah dekat 3minggu lebih aku kerja.


Aku ingat lagi masa aku nak mula mula kerja, nak potong ayam tu jadi kecik, punya laa susah, sampai bengkak tangan aku. Ada orang panggil ayam gunting, ayam goreng, ayam potong, Uncle bob je pun ada jugak. Macam macam nama diorang panggil. So, kene laa aku bekerja keras memotong tulang temulang ayam ni. TAPI, duit punya pasal, aku redha laa. Gaji..?! Okey laa. HAHAHA! ( Mak kata jangan belagak.. Hewhewhew )

Bukan tu je, nak melayan kerenah pelanggan lagi, punya laa susah. Ada pelangan yang baik, memahami tu alhamdulilah laa. Kalau dapat yang macam haram jadah, memang menguji kesabaran betul. TAPI, pokok pangkal, SABAR. 


Hari ni jugak laa, segala penat lelah aku terbalas. Aku dapat gaji. YAAAAYYYY!!!! Alhamdulilah. Syukur. Seronok kerja kat kedai ni. Dapat makan ayam free.. Hahah. Bukan tu je, jiran jiran sebelah kedai aku ni jual bahulu & donut. Kalau lapar je, sure dapat makan bahulu  & donut free. Hewhewhew. ( Mekasih Kakak Ain, Kakak Siti & Kakak Mira! )


 Dan disebabkan kerja kat sini, aku dapat panggilan baru, BOSS! ( Cool kan..?? HAHA ) Boss Kecik Kedai Uncle Bob. Ada yang kata aku anak Uncle Bob laa. Macam macam lagi laa. TAPI, aku kerja tak lama, minggu depan dah berhenti dah. So, saya akan rindu dengan kedai ni. Wuuu~~


Saya akan rindu dengan panggilan Bos Kecik. Saya akan rindu dengan ayam Uncle Bob. Saya akan rindu kene percik dengan minyak panas. HAHA. Saya akan rindu dengan bahulu panas & donut kakak kakak sekalian. Saya akan rindu dengan Boss saya. Saya akan rindu dengan semua.!!



Menyelerakan tak..?? HAHAH. Kalau nak, kena datang kedai saya.! Nilai je pun. Jemput datang ye..  : )