Thursday, August 18, 2011

10 Malam Terakhir

Assalamualaikum.


Disebabkan lagi beberapa hari je kita nak sambut Hari Raya,,today aku nak share sikit cerita pasal 10 malam terakhir ramadhan ni sebelum kita sambut Raya. Semua sibuk main mercun,,beli baju raya,,buat kuih raya segala,,sampai lupe nak meriahkan 10 malam terakhir ni dengan benda yang sepatutnya..


Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:


"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."


Dalam konteks dosa,,tak kira laa dosa kecil mahupun yang besar,,pasti akan diampunkan.. Ada pendapat mengatakan,,dalam konteks hadith ini,,hanya dosa kecil sahaja yang akan diampunkan,,dosa besar akan diampunkan dengan syarat kita membuat taubat nasuha berazam tidak mengulangi dosa yang telah kita lakukan dan memulangkan semua hak orang yang kita pernah ambil dahulu.


Sebagai hambaNya,,kita sepatutnya beriya iya mengejar dan menghidupkan malam terakhir ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya.. Sebagai contoh,,sembahyang malam,,membaca Al-quran,,bertahajud,,berzikir,,berdoa,,dan sebagainya. Sesungguhnya kita ini tidak sempurna menjadi hamba ALLAH SWT.. Jadi menjadi satu kemestian kita mencari keampunan dan keredaan ALLAH SWT dengan merendahkan diri kepadaNya pada waktu malam dan memohon keredhaanNya. InsyaALLAH,,ALLAH SWT Maha Pengampun,,nescaya dosa kita akan diampunkan. ALLAH SWT tak memandang pada hasil,,tapi pada usaha kita untuk berubah menjadi insan yang diredhaiNya dunia dan akhirat..


Tahu tak tanda-tanda Malam Lailatul Qadar tu macam mana? Ada perbezaan antara hari-hari dalam bulan Ramadhan ni. Mesti kita nampak kalau kita alert dengan perubahan tersebut. Semua mesti tahu Malam Lailatul Qadar tu malam-malam yang ganjil.. Memang lah betul. Tapi,,tak semua malam ganjil tu akan turun Lailatul Qadar,,right..?? Antara tanda-tanda Malam Lailatul Qadar tu ialah :


     1- Matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik.(matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.)
     2- Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk.


 Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir."



Jadi,,sama-sama lah kita memanfaatkan 10 MALAM TERAKHIR ini dengan agenda yang telah aku nyatakan di atas tadi.. Semoga kita dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar itu.. INSYAALLAH..

No comments:

Post a Comment